in

5 Lelaki Kena Jangkit Coronavirus Lepas ‘Workout’ Dekat Gym

Gym

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat masuk gym sebab nak nampak fit dan nak gaya hidup sihat tapi lain pula yang menimpa dekat 5 orang lelaki ni.


Sidang media terkini daripada Kerajaan Perbandaran Shanghai ada mendedahkan bahawa 2 kes jangkitan telah berlaku di daerah Huangpu dan daerah Baishan di Shanghai pada 26 dan 29 Januari lepas.

 

Kena jangkit masa workout

Chinadaily1
Gambar hiasan (sumber : china daily  ) 

Kes jangkitan itu melibatkan 5 individu, 2 daripadanya berasai dari Huangpu dan 3 daripadanya lagi dari Baishan.

Bila disemak travel histories mereka, tak ada seorang pun pernah berkunjung ke Hubei, malah mereka tidak ada pun berhubung secara bersemuka dekat pesakit mahupun makan daging-daging haiwan eksotik macam kelawar tu.  Tapi macam mana diaorang boleh kena virus tu?

Mereka terjangkit melalui gym yang mereka workout tu! Mereka yang daripada kedua-dua daerah ini ada bersenam dekat dalam satu gym yang terletak di Anhui.

Chinadaily2
Gambar hiasan (sumber : china daily )

Menurut kajian siasatan epidemiologi, 3 lelaki itu ada menghadiri satu majlis perkahwinan yang bertempat di Anhui. Ketika disana, 2 daripada 3 lelaki tersebut pergi gym tersebut, mungkin nak touch up body sikit masa pakai suit agaknya.

Jadi masa workout itu mereka berdua  dah terkena jangkitan itu tanpa sedar, dan secara tak langsungnya mereka dah terjangkit kepada kawan mereka yang ketiga semasa travel tu.

Tapi macam mana pengkaji epidemilogi boleh tahu punca dia daripada gym tu? Menurut WORLD OF BUZZ, mereka dapati 2 lagi lelaki yang dah terkena jangkitan itu ada workout dekat gym yang sama.

Thatsmags
Gambar hiasan (sumber : thats mag  )

Jadi mereka dapati gym itu menjadi punca utama mereka terkena jangkitan tersebut. Sejak dari itu, pihak berkuasa telah menerangkan kepada pengunjung gym tersebut untuk segera mendapatkan pemeriksaan jika ada ke premis tersebut dalam masa terdekat.

Ya lah, kalau ikutkan logik, ada orang dalam gym memang tak jaga hygiene, kadang-kadang peluh dibiarkan pada mesin dan equipment mungkin itu sedikit sebanyak memudahkan virus itu senang nak jangkit.

Tapi, buat masa ini keadaan di Malaysia sangat baik, korang jangan risau stay healthy dan exercise okay!

 

Baca : TERKINI: Kes Ke-15 POSITIF Coronavirus di Malaysia, Pelancong Wanita Wuhan Masuk Dari Singapura

Case

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.