in

“Seminggu binge watch pun belum tentu habis!” – Ini 5 Anime Yang Ada Episod Paling Banyak

Seminggu Binge Watch Pun Belum Tentu Habis Ini 5 Anime Yang Ada Episod Paling Banyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ditanya tentang anime mana yang ada episod paling panjang, apa jawapan korang?


Ada yang akan menjawab siri animasi One Piece merupakan anime yang mempunyai paling banyak episod. Buat korang yang tak familiar dengan anime ni, One Piece menceritakan tentang Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan untuk mencari harta karun bernama One Piece dan mendapat gelaran Raja Lanun.

One Piece E1611389420518

Animasi yang dihasilkan oleh Toei Animation ini mempunyai lebih 900 episod dan mula disiarkan pada October 1999 di Jepun. Sehingga hari ini, ia masih lagi belum bertemu titik nokhtahnya.

Tapi, tahukah korang ada anime lain yang ada episod lagi banyak dari anime One Piece? Sampai ada animasi yang mempunyai lebih 2,000 episod!

Hari ini, admin akan kongsikan lima animasi Jepun yang mempunyai episod paling banyak.

Kalau korang nak tahu anime apa yang ada episod paling banyak, korang kena lah baca sampai habis.

5. Ojarumaru (Prince Mackaroo)

Ojarumaru E1611389571218

Siri animasi Ojarumaru atau turut dikenali sebagai Prince Mackaroo mula ditayangkan pada 5 Oktober 1998. Dihasilkan oleh NHK Enterprises dan dianimasikan oleh Studio Gallop, anime ini mempunyai lebih 1,500 episod.

Kisah Ojarumaru bermula kira-kira 1,000 tahun lalu di Dunia Pari-Pari semasa era Heian. Seorang putera bernama Ojarumaru Sakanoue yang bosan dengan kehidupannya. Dia kemudiannya mencuri tongkat Raja Enmu dan menggunakannya untuk datang ke masa kini.

4. Doraemon 

Doraemon E1611389812879

Merupakan salah satu animasi yang digemari ramai, Doraemon mengisahkan robot kucing yang dihantar dari masa hadapan untuk membantu seorang budak lelaki bernama Nobi Nobita.

Secara typical setiap episod animasi Doraemon akan menceritakan robot ini membantu Nobita menyelesaikan masalah harian dalam hidup dengan bantuan gajet canggih.

Siri animasi ini dicipta oleh Fujiko F. Fujio pada tahun 1979. Dianimasikan oleh Sin-Ei Animation, anime ini ditayangkan di TV Asahi di Jepun pada 2 April 1979 sehingga 25 Mac 2005. Sepanjang tempoh masa itu, Doraemon dikatakan sudah mempunyai 1,787 episod dan 30 siri special.

3. Oyako Club 

Oyako Club

Membawa maksud Kelab Ibubapa dan Anak, siri animasi bergenre Slice of Life ini mula ditayangkan di Fuji TV dari tahun 1994 sehingga 2013.

Mengisahkan tentang dua mahkluk asing, Rompa dan Lun yang menjadi sebahagian dari satu keluarga manusia, anime ini dilaporkan mempunyai 1,818 episod.

2. Nintama Rantarou 

Nintama Rantaro E1611391040736

Berdasarkan manga karya Soubee Amako bertajuk Rakudai Ninja Rantarou, siri animasi ini mengisahkan tentang tiga watak utamanya dan guru-guru di sekolah ninja.

Karakter utama anime ini ialah Rantarou yang dlahirkan dalam keluarga ninja yang dihormati, Kirimaru yang kehilangan ibubapa dalam perang dan Shinbei yang merupakan anak kepada pedagang kaya.

Dihasilkan oleh Ajia-do Animation Works dan ditayangkan di saluran NHK, anime ini mempunyai kira-kira 2,169 episod.

1. Sazae-san

Sazae San E1611391155222

Siri animasi Sazae-san yang ditulis oleh Hasegawa Machiko ini memfokuskan tentang kehidupan Sazae-san dan keluarganya. Anime ini mula ditayangkan pada Oktober 1969.

Kalau korang nak tahu, anime ini dianggarkan mempunyai lebih 2,500 episod dan 7,500 segmen dan telah mendapat pengiktirafan Guinness World Record sebagai siri animasi televisyen paling lama ditayangkan. Walaupun satu episod anime ini hanya berlangsung 7 minit, boleh muntah rasanya kalau ada yang cuba untuk binge watch dalam masa satu hari.

Sazae-san masih lagi ditayangkan sehingga hari ini. Tetapi, pada tahun lalu, studio animasi yang menghasilkan anime ini terpaksa berhenti sementara kerana penularan wabak COVID-19.

Sumber: Legit, MyAnimeList

Baca: Imbas Kembali, Ini 5 Anime Yang Bakal Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak

Cats 43 E1611383304716

Sumber: Alchetron
Sumber: TV Tropes
Sumber: Giant Bomb
Sumber: Images dawn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.