Sebelum ini, hangat diperkatakan oleh netizen mengenai tindakan Aliff Syukri dan Baby Shima yang bergelek di depan kamera.
Tidak hanya pada netizen sahaja, malah video sebelum ini juga meraih perhatian seorang penceramah bebas, PU Syed untuk menegur perbuatan tersebut yang seperti tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya.
Namun, baru-baru ini Aliff Syukri tampil pula dengan video kontroversi baru bersama seorang pempengaruh yang terkenal di laman TikTok.
Aliff Syukri dan Ratu Farah joget depan kamera
Belum reda lagi isu mengenai video sebelum ini bersama Baby Shima, Aliff Syukri sambung buat ‘hal’ lagi tetapi kali ini bersama Ratu Farah yang dilihat sedang berjoget bersama-sama di depan kamera.
Video tersebut telah dikongsi olehnya sendiri di laman Instagram rasmi yang memaparkan adegan tersebut sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
https://www.instagram.com/p/ChHmH2lAQMN/
“Korang pilih Ratu Farah atau Baby Shima??”
Video promosi produk kurus rupanya
Menerusi video tersebut, rupa-rupanya dia cuba mahu mempromosikan produk kurusnya sesudah adegan berjoget itu berakhir. Mungkin adegan awal tersebut sebagai opening sahaja untuk video promosi.
“mai orang yang ada masalah berat badan kann.. hahah korang kena try kopi mantul ..ramai yang dah brjaya.. kalau nak dapatkan kopi mantol ni.. korang boleh komen di ruangan komen di bawah saya nak.”
Dapat kecaman hebat netizen, tak tahu apa motif menari dengan promosi produk
Seperti video bersama Baby Shima sebelum ini, ia turut mendapat kecaman yang hebat daripada netizen dimana rata-rata mereka mengutuk perbuatan tersebut dengan mengatakan telah mencemarkan agama Islam lebih-lebih lagi penampilan Ratu Farah yang bertudung dan memakai jubah.
Min taknak komen apa-apa sebab manusia tidak sempurna. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja agar segala perkara yang berlaku ini tidak berlaku lagi. Apa pendapat korang pula?