in

“Sekarang dah tahu ejaan sebenar” – DBP Tegur Tengku Zafrul Salah Eja ‘Insya-Allah’

Ejaan Insya Allah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita berkomunikasi bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan masih ramai yang keliru dengan ejaan sebenar disebabkan ada perubahan ejaan sekali gus membawa kepada kesalahan ejaan setiap kali kita menulis.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan dirinya telah ditegur oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung kesalahannya dalam mengeja perkataan ‘insya-Allah’ menerusi sepucuk surat yang diterima pada 31 Mac lalu.


Ada pengguna bahasa Melayu telah mengadu kepada pihak DBP tentang kesalahan ejaan perkataan ‘insya-Allah’ menerusi beberapa ciapan di akaun Twitter Tengku Zafrul.

Dewan Bahasa Dan Pustaka

InsyaAllah? Insya-Allah? Insyaallah?

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, beliau mengakui kurang jelas dengan ejaan sebenar istilah tersebut dan sering mengejanya dengan ejaan ‘InsyaAllah’.

Teguran yang dibuat oleh pihak DBP dihargai oleh beliau dan akan lebih teliti dalam pengunaan isitilah berkenaan.

Menerusi surat tersebut, pihak DBP memberi nasihat supaya bahasa kebangsaan digunakan secara baik dan betul serta meluas bagi maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Pelembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

“Sebelum ni ramai yang keliru”

Perkongsian ciapan tersebut turut menarik perhatian pengguna media sosial lain, rata-ratanya mengakui baru mengetahui ejaan sebenar perkataan ‘insya-Allah’ dan berterima kasih kepada pihak DBP kerana tampil memperbetulkan kesalahan ejaan yang dilakukan orang kenamaan.

Menurut DBP, tanda sempang digunakan apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama Khas yang dimulai dengan huruf besar. Makanya, mengikut Kamus Dewan Perdana, ejaan betul adalah ‘insya-Allah’.

Lepas ni, pastikan guna ejaan yang betul!

Baca: Ejaan ‘Tose’ Dalam BM Undang Perdebatan Di Kalangan Netizen, Cikgu Ini Beri Penjelasan…
Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.