in

“Saya rela mati dalam gelanggang politik” – Datuk Seri Shafie Apdal Pertahan Keputusan Bubar DUN Sabah Hingga Cetus Gelombang COVID 19

Chapie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini telah mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hingga mencetuskan gelombang jangkitan wabak COVID 19 yang dialami seluruh negara sekarang ini.


Menurutnya, tindakan itu dilakukan selepas ketidakstabilan politik di negeri tersebut diganggu-gugat kerajaan ketika ini, lapor Sinar Harian.

“Saya hendak nyatakan di sini bahawa (apa yang dilakukan berdasarkan) sistem perundangan negara kita. Kalaulah tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal (dalam jangkitan Covid-19). Paling banyak kawasan hijau (adalah) di Sabah. 

“Tapi malangnya oleh kerana kerakusan kuasa hendak (pihak yang hendak rampas) mengambilnya. Saya agak hairan rakan lama saya dari Pekan (mempunyai) dendam kesumat dia (terhadap) saya tidak tahu. Mungkin kerana saya bangkitkan (isu) 1MDB.

884298

(Beliau keluarkan kenyataan) bahawa saya sanggup mati kerana Covid-19. Saya bukan sanggup mati kerana Covid-19 (tetapi) saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,” jelasnya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Shafie berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis).

Mohamad Alamin katanya mencelah dengan bertanya sama ada Shafie kesal dengan cadangannya untuk bubar DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga cetuskan peningkatan mendadak COVID 19 di negara kini khususnya di Sabah.

St 20201003 Xvirus 6006692

Dalam pada itu, Shafie juga menjawab yang keputusannya mengadakan PRN itu terpaksa diambil kerana beliau tidak mahu kepada pihak yang mengamalkan budaya ‘cash is king’.

“Oleh kerana kuasa membeli (purchasing power), mereka hendak membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (di Sabah), (jadi daripada) hendak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik,” katanya.

Hmm min no komen lah. Nasi sudah menjadi bubur.

Baca: Membimbangkan! Kes Covid-19 Di Sabah Stabil, Kini Lembah Klang Pula Catat Kes Paling Tinggi Dalam Negara

Collage 30

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.