in

“Saya janji tak buat lagi” – Berlagak Cabar Orang Di Facebook, Lepas tu…

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya janji tak buat lagi" - Berlagak Cabar Orang Di Facebook, Lepas tu...
Loading
/

Tak tahu nak gelak ke, kesian ke, tapi kali ni memang kelakar. Macam-macam la orang zaman sekarang ni!

Cabar ‘Geng Ucux Raver’


Cyzi67Iusaaqwbc
Sumber: Facebook

GEMPAR! Seorang netizen yang dikenali sebagai Sapik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah tasik di Kuala Lumpur telah membuat live di Facebooknya mencabar geng ‘Ucux Raver KLCC’ dan ‘Acap Tiger’ untuk datang ke tempatnya berlawan secara depan-depan di tasik tersebut malam tadi. Katanya, geng tersebut tidak berpuas hati dengannya dan dia terus mencabar geng tesebut gaduh dan jumpa face to face. Konon-kononnya nak tunjuk hebat la tu…

Capture 20180922 122253
Sumber: Facebook

Dia siap memaki hamun orang yang menulis komen di ruang Facebooknya, “Gua nak tengok anjing anjing macam lu ni gegar gua, lu jangan sembang je”. Tak cukup dengan tu Sapik mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang ramai dan menimbulkan kemarahan netizen.

Sumber: Facebook

Orang ramai yang marah telah menyuruh Sapik memberitahu lokasi dia berada dan menyahut cabaran Sapik untuk berlawan secara berdapan. Haa… Jangan main-main, orang melayu ni pantang diacabar!

Tak lama selepas tu, ada beberapa orang lelaki telah datang ke tempat tersebut dan menendang perutnya sejurus masuk ke sana. Aduh, betul-betul dia kena tendang!

Didenda nyanyi lagu Negaraku dan ketuk ketampi

Setelah ditendang, lelaki-lelaki tersebut menyuruhnya menyanyi lagu Negaraku dan ketuk ketampi sebanyak 20 kali. Habis semua yang masih melihat live di Facebooknya gelak dan menyokong tindakan lelaki yang datang ke tempat tersebut.

Selepas Sapik di denda, dia digesak untuk meminta maaf secara terbuka di live Facebook dengan orang ramai yang menyaksikan live tersebut. Katanya, dia saje-saje je buat sebab tak puas hati dengan ‘Geng Ucux Raver’.

 

Adui, kan dah kena. Tu la berlagak lagi. Apa-apa pun korang jadikan la kisah Si Sapik ni pengajaran, jangan la buat benda-benda pelik macam ni dan yang penting jangan cakap besar ye!

Baca: “Dah tua tapi level Raver”

Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.