in

“Saya hanya beri pandangan” – Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf, Tiada Niat Pertikai Konsert Tokti

Mufti Pp Mohon Maaf Tegur Isu Konsert Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor ada menyuarakan tegurannya mengenai penganjuran konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac untuk dianjakkan ke tarikh lain bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.


Walau bagaimanapun, penyanyi berkenaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa telah memuat naik kenyataan rasmi menjelaskan tujuan utama konsert diadakan bagi mengumpul dana untuk disalur kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Artikel berkaitan: “Hormat kedatangan Ramadan” – Bakal Buat Konsert 9 Mac Ini, Mufti Saran Siti Nurhaliza Anjakkan Tarikh

Artikel berkaitan: “Sudah hampir Ramadan” – Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Tak Dapat Tambah Hari & Tiket Konsert

“Saya hanya memberi pandangan peribadi” – Mufti 

Susulan kenyataan balas daripada penyanyi itu, mufti menjelaskan bahawa beliau tidak sama sekali mempertikaikan mengenai niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert tersebut.

Sebaliknya, mufti berkenaan hanya fokus kepada tarikh konsert yang terlalu hampir dengan bulan Ramadan.

02Salim 1675761990

Sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalak bagi membuat persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia itu.

“Walau bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani, bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera,” katanya.

Wan Salim juga berkata, beliau ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim kerana mufti juga bukanlah seorang maksum atau terpelihara daripada kesalahan.

Malah tegurannya itu adalah secara ikhlas demi kebaikan umat Islam dan bukan bagi mencari populariti atas kepentingan.

Jadi terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberi atau menolak berdasarkan pertimbangan masing-masing.

“Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

“Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas saja, tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Mufti mohon maaf secara terbuka 

Wan Salim juga menerangkan bahawa dia amat berlapang dada mengenai hiburan dan aktiviti seni secara umumnya.

Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa.

“Akhir kalam, menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah, saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik yang tidak jangka,” katanya.

Apa-apapun diharapkan isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik di antara dua pihak. Faham juga kepada Tokti tak dapat nak batalkan konsert tu. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.