in

“Saya dah pesan jangan pergi” – Bapa Terkilan Anak Hilang Punca 6 Bomba Lemas

Kesal Bapa Anak Lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa yang menyangka operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir ketika memancing kat lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya semalam bertukar tragedi sedih. Enam anggota penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian tu lemas akibat terbelit tali di dasar air, lapor Berita Harian.

43043412 797012950663596 3452917701826052096 N
sumber: facebook

Susulan kejadian ni, bapa mangsa, Mohd Azzam Naim yang menerima berita terkejut apabila diberitahu enam anggota pasukan berkenaan meninggal dunia akibat lemas.


Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak sangka pula operasi mencari anak saya, Mohd Ilham Fahmy bertukar tragedi lebih menyedihkan,” katanya. 

2
sumber: sinar harian

 

Lombong pernah ragut 2 nyawa lain sebelum ini

Kira-kira dua bulan lepas, dua lelaki juga turut dilaporkan lemas ketika menjala ikan di situ, kata Mohd Azzam. Pun begitu, penduduk di kawasan berkenaan bagaikan tidak endah dan masih menceroboh kawasan lombong berkenaan bagi menangkap ikan.

“Kawasan pintu air ini memang tidak berpagar dan menjadi tempat penduduk di sini untuk menangkap ikan.

“Malah, ketika dua lelaki dilaporkan lemas dua bulan lalu, saya sendiri ada menasihatkan anak saya supaya tidak ke sana lagi. Tapi tak sangka pula hari ini dia pergi ke sana bersama rakannya,” katanya.

43056136 10156034408796478 9131633674305929216 N
sumber: facebook

 

Sudah pesan jangan pergi tapi anak ingkar arahan

Pun begitu, Mohd Azzam tak sangka anaknya senyap-senyap pergi ke situ lagi lepas diajak rakan sekolah.

“Kelmarin, saya ada pesan padanya agar tidak pergi ke situ kerana bahaya disebabkan cuaca sekarang kerap hujan.

“Jadi, saya tidak sangka mereka datang ke sini selepas meminta keluar bersama dua rakannya kira-kira jam 4 petang semalam,” katanya.

43167797 797012893996935 5335169441212661760 N
sumber: facebook
43016103 797012777330280 3593649250241609728 N
sumber: facebook

 

Harap mayat anak ditemui secepat mungkin

Malah dia juga hanya mengetahui anaknya lemas lepas dimaklumkan oleh seorang lagi kawan anak kira-kira jam 5 petang semalam. Rakan Ilham juga memberitahu yang mereka cuba menarik anaknya keluar tapi usaha tu tak berjaya kerana arus terlalu deras. 

“Harapan saya agar mayat anak saya dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang akan disambung pada pagi ini. Manakala satu bacaan tahlil sebagai penghormatan terakhir kepada 6 ahli bomba terbabit telah diadakan pagi ini di balai bomba Seksyen 15, Shah Alam.

51538611964 Bomba
sumber: astro awani

Kesemua mayat mangsa yang terbabit akan dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Takziah buat keluarga mangsa yang terbabit. Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini. Al fatihah. 

Baca: 10 Tragedi Mati Lemas Ketika Memancing Yang Pernah Berlaku di Malaysia

Lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.