in

“Saya dah bertemu wakil syarikat itu” – Fahmi Fadzil Arah MCMC Siasat Kes ‘Stalker’ Khairul Aming

Ft Fahmi Fadzil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal memperoleh laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi yang membabitkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, berikutan kebimbangan wujud akses tanpa kebenaran terhadap sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana aduan yang dikongsi oleh Khairul Aming di platform Threads telah memberi gambaran terdapat individu yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi pelanggan serta inventori atau sistem milik syarikat telekomunikasi terbabit.


Artikel berkaitan: “Kami memohon maaf” – Isu Data Bil Telefon Khairul Aming Diceroboh, Maxis Tampil Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: “Creepy… ini data peribadi saya” – Individu Didakwa ‘Leak’ Data Bil Telefon & Semak MyKasih Khairul Aming

“Saya sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi itu dan mereka memaklumkan sedang menghubungi saudara Khairul Aming. Saya juga akan meminta MCMC mendapatkan laporan penuh mengenai perkara ini.”

Sebelum ini, Khairul Aming mempersoalkan tentang pembocoran maklumatnya mengenai bil telefon peribadinya yang boleh diketahui oleh orang lain secara terbuka di media sosial.

Menerusi Threads, ada individu mendakwa dirinya mengetahui bil telefon Khairul Aming termasuklah menyatakan bahawa ada tunggakan sebanyak RM498 selain kaitkan dengan beberapa perkhidmatan lain.

Fahmi berkata penyebaran maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang (personally identifiable information atau PII) tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, boleh dikenakan tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Fahmi Fadzil memohon orang ramai yang mempunyai insiden sama untuk membuat laporan kepada MCMC agar pihak berkenaan mempunyai rekod, maklumat dan bukti bagi memperbolehkan tindakan susulan diambil.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.