in

“Kami memohon maaf” – Isu Data Bil Telefon Khairul Aming Diceroboh, Maxis Tampil Beri Penjelasan

Maxis Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sejak malam tadi mengenai dakwaan data bil telefon usahawan dan pempengaruh Khairul Aming telah diakses dan didedahkan oleh seorang individu sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan data peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi.

Susulan isu tersebut, Maxis tampil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.


Menurut Maxis, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu merupakan satu insiden terpencil yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke atas butiran akaun seorang pelanggan.

753150903 17972913285120137 8961365355958723276 N 2

Pada masa sama, syarikat itu menjelaskan bahawa semua akses ke akaun pelanggan sentiasa direkodkan dan dipantau, sekali gus membantu mengenal pasti bagaimana insiden tersebut berlaku.

Maxis turut menegaskan bahawa setakat ini, tiada sebarang petunjuk menunjukkan insiden itu melibatkan pelanggan lain atau berlaku secara meluas.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut,” ujarnya.

Artikel berkaitan: “Creepy… ini data peribadi saya” – Individu Didakwa ‘Leak’ Data Bil Telefon & Semak MyKasih Khairul Aming

Artikel berkaitan: Enam Syarikat Telco Dikompaun RM700,000 Atas Kesalahan Daftar Kad Sim Prabayar Palsu, U Mobile Tertinggi

Sementara itu, Maxis mengesahkan individu yang dipercayai terlibat telah dikenal pasti dan tindakan segera sedang diambil, termasuk tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, Maxis memohon maaf atas insiden dan kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.

Screenshot 2026 07 21 121400

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.