Sebelum min cerita lebih lanjut, siapa yang pandai Geografi dekat sini?
Sejak bermulanya pandemik ini, satu ‘norma baharu’ yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia adalah dengan membeli barang secara atas talian. Mesti ada yang tengah tunggu barang sampai kan?
Mana yang selalu beli barang online tu, mesti tahu bahawa ada sesetengah penjual ni tak sediakan penghantaran percuma ke Sabah & Sarawak.
Namun kisah sedih menimpa seorang lelaki ini ketika dia hendak membeli barang online.
“Sarawak bukan dalam Malaysia?”
Cerita ini dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Romeo Storie yang menceritakan tentang pengalamannya berurusan dengan penjual yang ‘pelik’.
Kisahnya yang mana ketika ini dia menetap di Sarawak, tidak menyangka akan mendapat jawapan yang tak sampai dek akal.
Penjual itu mengatakan bahawa barangan tak dapat dihantar ke Sarawak kerana berada luar dari Malaysia. Emm??
Posting nya itu kemudian menjadi viral dan sehingga kini memperoleh hampir 3000 shares di Facebook.
Kecewa dengan kejadian itu
Menurut World Of Buzz, Romeo meluahkan rasa sedihnya terhadap situasi tersebut. Dia juga menambah, di tahun 2021 ini sepatutnya perkara sebegini tak perlu berlaku.
“Ini macam diskriminasi untuk kami rakyat Sarawak. Tambahan, sekarang dah tahun 2021! Tak sepatutnya isu berkaitan negeri mana negara awak tinggal.”
Ditawarkan diskaun
Walau bagaimanapun , Romeo mendapat menerima permohonan maaf daripada pekerja tersebut.
Pengurus kedai tersebut turut mengatakan penghantaran tersebut boleh dibuat ke Sabah & Sarawak selagi ia masih menggunakan alamat yang sah.
Selain itu, pengurus tersebut turut menawarkan diskaun 50 peratus terhadap produk yang ingin dia beli namun semuanya dah terlambat.
Namun begitu, Romeo menolak tawaran itu serta memberi peringatan kepada pengurus tersebut untuk mengingati para staf bahawa Sabah dan Sarawak masih di dalam Malaysia.
“Saya tidak ingat sebarang pengisytiharan yang dibuat mengatakan bahawa Sarawak berada di luar Malaysia.” katanya.
Ada tak yang pernah kene pengalaman macam ni juga?
Sumber : Facebook , World Of Buzz