Pembelian barangan sekarang ini sudah semakin mudah dengan adanya pelbagai laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti makanan, barangan segar, alatan elektronik, perabot dan macam-macam lagi.
Selain laman web rasmi e-dagang, dengan adanya pelbagai medium media sosial secara tak langsung memudahkan lagi urusan jual beli untuk dilakukan dan membuka peluang kepada lebih ramai orang lagi untuk berniaga.
Namun, bila dah terlalu banyak ruang yang diberikan, pastinya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan ‘kekurangan’ yang ada pada medium-medium atas talian ini dengan melakukan pelbagai jenis penipuan secara online..
Ni min nak senaraikan kesalahan biasa yang dilakukan menyebabkan orang ramai menyesal kerana ditipu, kerugian dan lain-lain :
1. Beli daripada orang tengah
Benda ni selalu sangat berlaku! Konon nak dapatkan harga lebih murah, sudahnya ramai ter’jerat’ dengan promosi tak masuk akal yang ditawarkan oleh orang tengah. Akhirnya, duit tersebut tak sampai kepada penjual asal, dan lebih teruk, diblocknya pembeli!
2. Tak pastikan kesahihan laman web
Ini merupakan salah satu taktik yang biasa digunakan scammer yang dah berpengalaman. Mereka akan sediakan laman web yang entah apa-apa ataupun kelihatan seperti laman web sebenar. Akhirnya, apabila pembelian dibuat, habis duit dalam akaun ‘disapunya’.
3. Mudah percaya promosi tak masuk akal
Kesalahan yang ini biasa terjadi bila pembeli konon nak berjimat atau nak saving dalam membeli apa-apa barangan. Bila dah buat bayaran, baru perasan penjual atau promosi tersebut sebenarnya tak wujud.
4. Tak baca ‘review’
Kalau kes no.4 ini, biasa berlaku kepada orang yang suka beli barang online tapi malas nak baca review. Abang-abang, kakak-kakak, ruangan review sangat penting ye dalam perniagaan online, kalau dah ada review negatif, janganlah berurusan dengan peniaga tersebut lagi, cari barangan sama di tempat lain.
5. Tertipu dengan gambar
Adakalanya, gambar yang dimuatnaik oleh peniaga pun adalah sumber Google. Ini biasa kalau korang perasan akan berlaku pada produk-produk tiruan atau produk yang ‘seakan-akan’ produk sebenar tapi menggunakan nama lain.
Sebabtu, sebelum beli apa-apa barangan online selalu pastikan ianya boleh dipercayai, salah satu cara ialah beli dengan laman web rasmi, atau kedai rasmi yang ada dalam mana-mana laman web e-dagang.
Kalau nak beli barang keperluan harian pulak, korang cari la yang menjanjikan penghantaran
segera serta menjanjikan servis yang berkualiti. Contohnya HappyFresh.
“Kesegaran Premium, Harga Standard”
Ramai berpendapat, bila servis atau barangan premium ni, harganya mesti mahal, itu mungkin di tempat lain. Kalau perasan, segala barangan runcit harian dijual dengan harga yang amat berpatutan selain ianya dipilih sendiri oleh pembeli peribadi HappyFresh yang terlatih.
Secara tak langsung, ia memastikan produk yang dihantar adalah segar daripada kedai pilihan pembeli.
Lebih menarik, pada 11.11 nanti akan ada tawaran penghantaran percuma dengan setiap pembelian tanpa ada pembelian minimum.
“Kalau pembeli harga barangan sedikit pun, tetap akan menerima manfaat penghantaran percuma tersebut!”
Selain itu, kalau korang belum pernah gunakan perkhidmatan mereka ni, korang boleh jugak tetapkan masa penghantaran mengikut kemahuan korang. Fungsi ni memang best kalau korang jenis tak selalu ada dekat rumah atau duduk seorang. Setkan masa penghantaran mengikut kesesuaian masa korang sendiri.
Jadi, korang pun akan dapat barangan segar walaupun dihantar pada waktu petang atau malam misalnya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke website HappyFresh, atau dapatkan info terkini tentang promosi dan lain-lain di akaun rasmi diorang di Facebook dan Instagram.
Nak lagi mudah, download je aplikasi HappyFresh :
Untuk pengguna android boleh klik di sini.
Untuk pengguna iOS klik di sini.