Sejak pandemik Covid-19 ni, ramai rakyat Malaysia yang tersepit dan tak cukup duit untuk beli bekalan makanan di rumah. Bukan tu je, harga barang pun makin lama makin mahal.
Untuk yang kurang berkemampuan atau memerlukan bekalan makanan, korang jangan risau. Malam ni, Elewsmart yang dimiliki oleh Ustaz Ebit Lew bakal dibuka di Shopee!
Barang keperluan hanya RM1
Kalau korang pernah pergi Elewsmart, korang mesti tahu yang kedai Ustaz Ebit Lew ni memang jual barangannya lebih rendah dari harga pasaran.
Jadi, sempena malam pembukaan mereka di Shopee ni, Elewsmart ada tawarkan barang keperluan harian dengan harga hanya RM1 je!!!
Pun begitu, promosi ini terhad untuk 1 resit transaksi sahaja dan terhad untuk 400 unit, sementara stok masih ada.
Antara barang promosi RM1 yang dijual termasuklah Maggi, kicap, tepung gandum dan biskut. Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk dapat goodie bag Elewsmart percuma dengan setiap pembelian sebanyak RM50 dalam satu resit.
Senang juga Elewsmart dah buka dekat Shopee kan? Tak payah nak keluar rumah beli barang masa kes tengah banyak ni.
Korang boleh follow akaun Elewsmart di Shopee dekat sini supaya korang tak terlepas promosi ni.
Tapi, berpada-pada tau beli, kena ingat juga orang lain yang lebih memerlukan.
Selamat membeli belah!
Baca: [Video] Fuh! Ramai Sanggup Beratur Panjang Berblok-blok Semata-mata Nak Masuk Kedai Ustaz Ebit Lew.