in

Sanggup Buat Seks Oral Sebab Tak Mahu Guru Kecil Hati

20883102 2061385107220473 3394596414658969504 N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hangat isu pusat tahfiz dicadangkan ditutup, timbul pula satu berita yang menambahkan minyak ke dalam api yang sedang membara. Menurut Berita Harian, seorang guru tahfiz telah ditahan lepas disyaki melakukan seks oral terhadap pelajar lelaki di sebuah sekolah tahfiz di Taman Keramat Permai, Hulu Kelang.


Kisah gelap di tahfiz ni terbongkar apabila pelajar yang berusia 14 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa gurunya sendiri berusia 21 tahun melakukan seks oral kepada dirinya sejak Mei lalu.

Parents Trusted Man Who Took Their 3 Kids On Outings
gambar hiasan

Pada awalnya dikatakan guru tersebut memaksa mangsa melakukan perbuatan terkutuk tu, tapi mangsa menolak. Namun akibat kasihan dan tak mahu gurunya BERKECIL HATI, mangsa akhirnya melakukan seks oral secara rela. Allahuuuu! 

“Kejadian itu berlaku sejak Mei lalu di sekolah tahfiz berkenaan. Guru terbabit meminta untuk melakukan seks oral terhadap mangsa, namun ditolak pelajar berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian membenarkan guru berkenaan melakukan seks oral terhadapnya secara rela kerana tidak mahu suspek berkecil hati.

“Perbuatan itu sudah berlaku lima kali sejak Mei lalu,” jelas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias.

Image 3
gambar hiasan

Perkara ni jugak mula diketahui keluarga mangsa apabila budak tersebut menceritakan semuanya lepas pulang ke kampung pada 26 Jun lalu.

“Mangsa memaklumkan dia takut kembali ke sekolah tahfiz berkenaan berikutan kejadian itu.

“Suspek ditahan di sekitar daerah ini dan akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Julai nanti bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana buat persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie tanpa kerelaan mangsa.

Makin menjadi-jadi pulak isu pusat tahfiz sejak akhir-akhir ni ye…

Baca: Nak Tutup Sekolah Tahfiz?

Tahfiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.