in

Sakit Hati Dengar Ceramah Suruh Solat Berjemaah, Lelaki Tikam Imam Masjid

Macam-macam sikap manusia zaman sekarang. Ajak buat kebaikan pun tak pasal-pasal kena tikam!

Menurut Detik, seorang imam masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini telah ditikam oleh seorang pemuda bernama Arsyad Daeng Salli ketika sedang makan bersama keluarga pada malam Selasa lalu.

Semuanya berlaku apabila Arsyad, 25, telah datang menghampiri Baso Daeng Sallang dan menikamnya dari belakang menggunakan sebilah parang.

Susulan kejadian itu, Baso mengalami beberapa luka di tubuhnya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sebaik saja menikam mangsa, Arsyad telah melarikan diri dan menurut pihak polis dia sendiri yang telah datang secara sukarela untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa beberapa ketika kemudian.

 

“Dia ingatkan (pelaku) kenapa tidak solat” 

Bila disoal siasat polis mengapa dia melakukan perkara sedemikian, Arsyad yang juga anak saudara kepada Baso memberitahu yang dia berasa sakit hati dengan ceramah yang disampaikan imam tersebut.

Dia ingatkan (pelaku) kenapa tidak solat. 

“Pelaku merasa tersinggung dengan kata-kata Pak Imam pada saat di dalam masjid, pak imam bicara secara langsung (berdepan) dan pelaku tersinggung,” jelas pihak polis.

Kata polis lagi, pemuda itu juga ‘terasa’ ketika imam tersebut menasihati para jemaah lain tentang kepentingan menunaikan solat dan tarawih berjemaah di masjid bagi umat Islam di bulan Ramadan.

Kes ini kini sedang dalam siasatan polis dan mangsa katanya sudah sihat serta pulang ke rumah.

Haish kalau macam ni nak bagi nasihat pun takut ye. 

Baca: “Tak boleh bayang perasaan budak-budak tu” – Wanita Mati Ditikam Teman Lelaki Depan 2 Anak Umur 8 & 6 Tahun

Sumber: Indozone
Sumber: Indozone