in

“Tak boleh bayang perasaan budak-budak tu” – Wanita Mati Ditikam Teman Lelaki Depan 2 Anak Umur 8 & 6 Tahun

Collage 22

Seorang wanita berusia 31 tahun maut di rumahnya selepas ditikam oleh lelaki berusia 23 tahun dipercayai teman lelakinya di Taman Perpaduan, Tambun malam semalam.

Memetik laporan dari NST, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa K.Krishna telah ditikam di bahagian dada beberapa kali menggunakan pisau.

Dikatakan, pihak polis telah menerima panggilan telefon dari jiran wanita tersebut pada jam 8.45 malam semalam bagi melaporkan kekecohan yang berlaku di rumahnya.

Bila pasukan polis tiba di rumah mangsa, mereka menemui mangsa dan suspek baring berlumuran darah berhampiran satu sama lain dan ada beberapa kesan tikaman di badan wanita dan lelaki tersebut.”

“Lelaki tersebut masih hidup dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.”

Firstcrimea 1618448264

Menurut Anuar lagi, ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa dan lelaki tersebut berada di rumah bersama dua anak lelaki mangsa berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak tersebut tak mempunyai sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut menemui yang wanita tersebut pernah membuat laporan polis beberapa kali terhadap lelaki tersebut kerana sering pecah masuk rumah dan mengganggunya.

“Polis juga pernah menahan lelaki tersebut sebelum ini dan kali terakhir pada 15 Mac lalu kerana memecah masuk rumah wanita tersebut.”

Pihak polis kini sedang menyiasat sama ada lelaki tersebut cuba bunuh diri sendiri dengan menikam dadanya atau mangsa yang menikamnya.

Kami akan siasat dan ambil keterangan dari saksi termasuk dua anak-anak wanita tersebut yang menyaksikan insiden itu.”

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Baca: Kejam! Lelaki Hantar Gambar Mayat Isteri Pada Mertua Lepas Bunuh Depan Anak-Anak

Screenshot 2021 04 15 At 11.44.27 Am

Sumber: NST