in

Road To MAHA 2026 Zon Utara Tarik Perhatian, Pelbagai Inisiatif Buat Pesawah Diumum

Maha Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Pelancaran Road to MAHA 2026 Peringkat Zon Utara berlangsung di Aman Central, Alor Setar sebagai siri promosi awal menjelang Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2026 (MAHA 2026) yang bakal berlangsung di MAEPS Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September depan.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu yang juga turut melancarkan Truck Road to MAHA 2026 sebagai simbolik promosi jelajah ke seluruh negara.


Maha 2

Penganjuran program ini bertujuan mendekatkan MAHA 2026 kepada masyarakat khususnya komuniti peladang, usahawan, golongan belia serta pengunjung di Zon Utara, selain memperkenalkan potensi sektor agromakanan negara.

Maha 4

Antara pengisian sepanjang program:

  • penyertaan 18 usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Jualan Agro MADANI (JAM) bagi membantu mempromosikan produk tempatan serta memperkukuh jaringan pemasaran usahawan.

Artikel berkaitan: KPKM Perkenal Insentif Pembajakan One-Off, Salur Bantuan Tunai Terus ke Akaun Pesawah

Artikel berkaitan: Mat Sabu Jawab Dakwaan Bantuan Pesawah Lambat Bayar, Ini Penjelasannya

Dalam masa sama, kerajaan turut mengumumkan Agrobank akan menyediakan pakej pinjaman modal khusus kepada pesawah termasuk diskaun 50% kadar keuntungan bagi membantu mengurangkan beban kewangan dan meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Maha 1

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian geran dan peruntukan KPKM 2026 melibatkan beberapa agensi di Zon Utara, antaranya:

  • MADA — RM38.4 juta
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak — RM30.7 juta
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) — RM318,580
  • Jabatan Pertanian (DOA) Negeri Kedah — RM1.83 juta
  • Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Kedah — RM537,630
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kedah — RM687,010
  • Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) Kedah & Pulau Pinang — RM442,000
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Kedah & Pulau Pinang — RM861,900

Maha 3

Program ini dianjurkan bagi memperluaskan kesedaran mengenai MAHA 2026 serta memperkukuh sektor agromakanan negara.

Sumber: KPKM

Sumber: KPKM
Sumber: KPKM
Sumber: KPKM
Sumber: KPKM
Sumber: KPKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.