in

“Time ni lah aku rindu ke TGNA” – Netizen Imbau Kembali Sikap Nik Aziz Jadi ‘Pendamai’ Lawati Gereja Ketika Berlaku Ketegangan Kaum

Nik Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian rusuhan berlaku di tapak Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights baru-baru ini telah menimbulkan sedikit ketegangan antara kaum yang tidak ingini oleh semua pihak.

Di saat ramai yang bersedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, seorang netizen di Facebook meluahkan rasa rindunya kepada arwah Tuan Guru Nik Aziz yang dahulunya dikatakan ‘pendamai’ bagi isu ketegangan kaum. 


 

“Time-time isu kaum dan agama tegang ni aku rindu ke TGNA. Al fatihah” 

Menerusi tweet yang berkongsi sebuah posting di Facebook, individu ini telah meluahkan rasa rindunya pada arwah Nik Aziz yang pernah melawat 3 buah gereja yang dibaling bom pada 8 tahun lepas dan menyatakan simpati atas kejadian itu. Hal ini membuat TGNA dilihat sebagai pendamai dalam situasi ini. 

Ds7Rv0Oucaujs K
sumber: facebook

 

“Itulah yang Almarhum Tok Guru cuba paparkan kepada kita semua tentang Islam…” 

Menerusi posting itu juga, mesej simple tapi menusuk ke hati disampaikan buat netizen semua.

“Itulah yang Almarhum Tok Guru cuba paparkan kepada kita semua tentang Islam… Tapi kini ada pihak yang tak sudah-sudah timbulkan ketegangan.

“Al Fatihah buat Almarhum TGNA,” kata individu tersebut.

46787927 2792601654090640 1650027053874937856 N
sumber: facebook
46837096 2792601660757306 7904599343615705088 N
sumber: facebook
46847848 2792601694090636 3805653066514956288 N
sumber: facebook

Marilah kita ambil iktibar daripada kisah ini dan janganlah perbesarkan lagi isu rusuhan di kuil tersebut. Sebagai rakyat Malaysia, rasanya tak ada sesiapa pun mahu benda buruk seperti ini berlaku kan? 

Baca: Patah Tulang Rusuk & Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Parah Dibelasah Perusuh Kuil Maha Mariamman

Bomba Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.