in

“Rasanya dia kena berubat cara kg…lain nampaknya” – Dato’ Hattan Dakwa Puteri Balqis Hidap Penyakit Mistik?

Buatanorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas muncul dalam program TV3 Bersamamu baru-baru ini, pelakon cilik terkenal Puteri Balqis menjadi tumpuan apabila namanya yang melonjak naik tak lama dahulu tiba-tiba merundum secara drastik akibat penyakit yang dialami.

Terpanggil dengan kisah yang menyentuh hati rakyat Malaysia terhadap penggiat seni muda ini, penyanyi lagenda Dato’ Hattan juga menzahirkan rasa simpati melihat nasib pelakon cilik ini.


 

Banyak seniman bantu …jangan tuduh bukan bukan tak baik…”- Dato Hattan

Daripada perkongsian Harry Aziz, seruannya melalui status Facebook itu menjadi jadi pertikaian netizen terhadap kredibiliti Kesatuan Seniman yang dikatakan tidak melakukan apa-apa terhadap nasib Puteri Balqis.

https://www.facebook.com/harry.aziz.7/posts/10215969562533166

Disebabkan itu, Dato’ Hattan ada memberikan komen untuk menyangkal dakwaan netizen yang mengecam organisasi tersebut.

Tambah Dato’ Hattan lagi, beliau ada berbual dengan presiden Zed Zaidi berkenaan dengan hal ini. katanya lagi penyakit Puteri Balqis ini lain macam dan memerlukan rawatan kampung. Ini kerana doktor mengatakan penyakit yang dialami oleh Balqis ini bukan penyakit kanser.

 

Hidap penyakit mistik?

Hattan

Dalam pada itu, Dato’ Hattan juga ada muat naik satu status menyeru agar pihak-pihak produksi yang terlibat untuk membuka ruang kepada pelakon ini bagi menjana pendapatannya.

Selain tersentuh melihat nasib Puteri Balqis, Dato Hattan juga mohon agar berikan peluang kepada pelakon cilik ini beraksi semula.

 

Jangan lah pinggirkan dia – Dato’ Hattan

https://www.facebook.com/hattan.hattan.125/posts/159073398713524

Andaikata ada insan mulia ingin menyalurkan bantuan buat Puteri Balqis, boleh salurkan di nombor akaun 162777190105 Maybank, Norashikin Mohamad Aziz. 

 

Baca : “Mana pergi ayah dia?” – Netizen Setuju Dengan Nabila Huda, Tertanya-Tanya Kenapa Parents Puteri Balqis Tak Kerja

Qish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.