in

“Ramadhan rasa kosong”- Sebak! 2 Tahun Tahan Rindu, Belum Sempat Jumpa, Ayah Dah ‘Pergi’ Dulu

Cats 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila Ramadhan ni, mula lah teringat kenangan kita berpuasa dengan keluarga dekat rumah. Rindu nak berbuka dan sahur sama-sama dengan keluarga macam dulu tapi sekarang ni dah busy dengan kehidupan sendiri. Yang dah kahwin tu, kena uruskan makan minum keluarga lagi.



Ramadhan rasa kosong buat ibu tunggal ini apabila dia pertama kali menyambut Ramadhan tanpa bapanya yang sudah meninggal dunia pada 15 Januari lalu. Menurut wanita yang bernama Nur Byzuraq Hashim ini, dia sudah 2 tahun tak dapat jumpa bapanya, Hashim Anuar yang tinggal di Tawau, Sabah.

Mesra disapa dengan panggilan Zuera, wanita ini agak terkilan sebab tak sempat berjumpa dengan bapanya untuk kali terakhir.

Yg

“Memang rindu, tak boleh tahan air mata.”

Dia sekeluarga juga tidak berkesempatan untuk pulang ke Sabah apabila menerima berita tentang kematian bapanya itu sebab tiket kapal terbang ke Sabah pada waktu itu sudah habis. Tak boleh bayang dia punya sedih tu macam mana. Ni kira double sedih weh.

Menurut mStar, wanita itu bercerita dengan nada sebak yang bapanya meninggal dua hari sebelum hari kelahirannya yang ke 69.

 

Berita kejutan yang tak disangka

Pada hari bapanya meninggal dunia, dia dan ibunya yang berada di Selangor ketika itu untuk membantu menjaga anaknya sedang membeli barang sebelum dihubungi oleh ahli keluarga mereka tentang kematian bapanya itu. Bercadang nak terus balik Sabah, tapi tiket sudah habis.

“Kali terakhir jumpa ayah pada Januari 2019. Dah lama nak balik tapi dengan kerja dan anak-anak lagi. Menyesal sangat, tapi nak buat macam mana?”

Wanita ini berhasrat untuk menziarahi pusara arwah bapanya itu apabila sudah boleh merentas negeri nanti. Dapat mengaji pun sudah cukup.

748042

 

Ramadhan rasa kosong

Zuera merasakan Ramadhan kali ini sudah tidak seronok macam selalu sebab rasa kosong tanpa arwah bapanya. Arwah bapanya selalu masak macam-macam untuk juadah berbuka puasa dan sering mendapat mesej dari ayahnya sehari sebelum berpuasa tentang nasihat dan maksud bulan Ramadhan.

“Kali ini rasa kosong, dah tak ada benda yang kita tunggu-tunggu.”

Vgv

Kita doakan semoga arwah bapa Zuera ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Zuera terus tabah menghadapi dugaan ini. In Shaa Allah.

 

Sumber: mStar

Baca: “Teringat dia khatam Al-Quran Ramadhan lalu”- Netizen ‘Kecewa’ Tengok Cara Nora Berpakaian, Harap Lebih Tertutup

Capture 34

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.