in

“Teringat dia khatam Al-Quran Ramadhan lalu” – Netizen ‘Kecewa’ Tengok Cara Nora Berpakaian, Harap Lebih Tertutup

Ft Nora

Baru-baru ini, Nora Danish telah bercuti ke Langkawi bersama rakan-rakannya sempena sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka. Instagram Nora ketika itu dipenuhi dengan gambar-gambar percutiannya bersama rakan dan satu gambarnya di pulau itu telah menarik perhatian netizen.

Ramai netizen rupanya berasa kurang senang dengan cara Nora berpakaian yang dikatakan agak seksi dan terdedah. Melalui Instagram, gambar yang menunjukkan Nora menggayakan dress berwarna merah jambu telah menerima banyak komen kritikan di mana ada di antara netizen yang memerli selebriti berusia 38 tahun itu.

Dress yang digayakan Nora itu mendedahkan kulitnya di bahagian atas dan dari paras lutut ke bawah. Netizen bertindak ‘menyerang’ Nora di bahagian komen dan mengecam pakaiannya kerana dikatakan tidak sesuai dengan statusnya sebagai ibu anak dua.

Seorang netizen malah dilihat membangkitkan semula cerita di mana Nora berjaya khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ketika itu, Nora ada muat naik sebuah video menunjukkan dia menangis kerana berjaya khatam pada 10 malam terakhir dan menurut netizen ia seolah-olah tidak ‘selari’ dengan cara pemakaiannya itu.

 

Ramai yang menasihati Nora agar lebih sopan dalam berpakaian selepas ini apatah lagi sekarang dalam keadaan pandemik Covid-19, menurut mereka lebih elok jika mendekatkan diri dengan Allah.

Nora bagaimanapun dilihat tidak membalas komen-komen negatif serta kecaman daripada netizen. Antara komen netizen yang di ruangan komen itu,

Teringat dia khatam Al Quran Ramadhan lalu. Allahu…”

Com Nora

Baca: Hanya Mahu Buat Penonton Ketawa, Aksi Di Pentas Di Salah Anggap, Shuib Mohon Maaf

Ft Shuib

Sumber: Instagram