in

“Puk*mak kau kan, dah sodok anak orang lepas tu nak blah macam tu je…”-Lelaki Cuba Terjun Jambatan, Nak Lari Lepas Langgar Lari.

Featured 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kecoh di media sosial mengenai video seorang pemuda berbangsa cina cuba larikan diri dengan terjun dari jambatan selepas terlibat dalam kejadian langgar lari di ibu negara.


Kisah dia bermula apabila pemuda tersebut dipercayai telah melanggar beberapa buah motosikal di Jalan Maarof, Bangsar sebelum bertindak melarikan diri dengan kenderaannya.

Menurut saksi kejadian, suspek tersebut dilihat memandu dalam keadaan merbahaya bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia dalam pengaruh alkohol atau dadah.

Katanya percubaan pemuda tersebut untuk melarikan diri gagal selepas salah sebuah motosikal yang dilanggar pemuda itu tersekat di bawah keretanya sekaligus menyebabkan keretanya tidak boleh bergerak sebelum beliau ditahan polis.

Kereta seret motosikal beberapa ratus meter

Kereta Seret Motor
Sumber : facebook

Malah motosikal tersebut juga dilaporkan terseret beberapa ratus meter sebelum kereta itu berhenti.

Dalam video berdurasi 33 saat yang dah viral di media sosial, menunjukkan pemuda tersebut duduk menyangkung sambil disoal siasat dua orang anggota polis, sebelum dia bertindak cuba terjun jambatan bagi melarikan diri, namun gagal malah sempat dihempuk dengan helmet oleh salah seorang orang awam..haaa baru ada akai..

“Lepas dah sodok anak orang, ko nak blah macam tu je”- Orang Awam

Seorang pemuda bangsa cina dapat ditahan pihak polis apabila cuba melarikan diri selepas melanggar beberapa buah motosikal. Kejadian ini berlaku di Jalan Maarof, Bangsar.Dalam video berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang lelaki cina sedang menyangkung dan di soal siasat oleh polis. Tiba-tiba, beliau cuba untuk memanjat penghadang jambatan jalan tersebut cuba untuk terjun, namun percubaannya dapat dipatahkan oleh polis dan beberapa lelaki yang berada di lokasi kejadian.Menurut saksi kejadian, suspek memandu dalam keadaan merbahaya, telah melanggar beberapa buah motosikal sebelum sempat ditahan. Percubaannya untuk melarikan diri digagalkan apabila salah sebuah motosikal yang dilanggar oleh suspek tersekat dibawah kereta yang dipandu beliau mengakibatkan kereta beliau tidak boleh bergerak. Motosikal tersebut juga dilaporkan terseret beberapa ratus meter dari semasa ianya dilanggar.Setakat ini masih lagi belum ada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi terdapat beberapa kecederaan dialami oleh penunggang motosikal yang dilanggar oleh suspek.Masih lagi menunggu laporan lanjut dari pihak polis mengenai situasi sebenar suspek. Sama ada bawah pengaruh alkohol atau dadah yang mengakibatkan beliau memandu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.kredit : Facebook Nan Manjoi Ipoh#Netizen#NetizenOfMalaysia

Posted by Netizen of Malaysia on Wednesday, January 16, 2019

Namun syukur alhamdulillah sebab tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan polis pun masih menyiasat kes tersebut sebelum mengesahkan sama ada pemuda tersebut bawah pengaruh dadah ataupun dibawah pengaruh alkohol waktu tu.

Mangsa langgar lari

Mangsa Langgar

Rata-rata warganet yang baca pasal kes ni pun rasa bengang dengan pemuda tersebut yang tak reti nak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan..sape pun akan rasa marah.

Sepatutnya biarkan je dia buat terjunan mentadak!

Komen Satu

Komen Dua

Komen Tiga

Koemn Empat

Komen Lima
Sumber : facebook

Kalau dah langgar tu kenapa nak lari, kan tak pasal-pasal kena hempuk! Benda boleh settle baik.

Baca : Zaman sekarang viral lebih penting Budak Parah Kena Langgar Lari, Tapi Tak Ada Siapa Cuba Tolong?

Kena Langgar 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.