in

Polis Siasat Dakwaan Zarina Anjoulie, Rupanya Nak Saman Sebab Anggota Polis Sebar Gambar Dalam Bilik Tahanan?

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini menerusi Instagram peribadinya, Zarina Anjoulie telah memberitahu pengikutnya bahawa dia telah membuat laporan polis terhadap seorang anggota polis wanita.


Bagaimanapun, Zarina yang lebih dikenali sebagai Anju itu enggan mendedahkan identiti anggota polis tersebut mahupun punca dia membuat laporan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman mengatakan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh Anju semalam jam 12.05 tengah hari.

Screenshot 2021 07 02 At 12.14.53 Pm

Menurut Utusan, laporan yang dibuat oleh Anju itu berhubung dakwaan gambarnya tersebar di media sosial. Dikatakan gambar tersebut menunjukkan dia sedang berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, siasatan selari oleh pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut diadakan.”

Whatsapp Image 2021 01 28 At 8.28.09 Am

Mohd. Fazley turut mengatakan yang pihaknya memandang serius laporan yang dibuat oleh Anju itu.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk perlanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan fakta isu ini dan memberikan ruang kpeada polis menjalankan satu penyiasatan yang telus dan adil.”

Sebelum ini, media telah melaporkan tentang penahanan seorang selebriti wanita yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Nilai, walaupun identiti selebriti itu tak didedahkan, ramai netizen membuat andaian bahawa individu tersebut adalah Zarina Anjoulie.

 

Baca: “Baik tak yah jadi polis lah minah” – Zarina Anjoulie Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Seorang Anggota Polis Wanita?

Screenshot 2021 07 02 At 12.21.29 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.