in

“Baik tak yah jadi polis lah minah” – Zarina Anjoulie Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Seorang Anggota Polis Wanita?

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas namanya viral kerana dikaitkan dengan penangkapan seorang artis wanita di Nilai kerana positif dadah, Zarina Anjoulie sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan.


Menerusi laman Instagram peribadinya, Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju baru-baru ini mengatakan yang dia telah pun membuat laporan ke atas seorang anggota polis wanita.

Dalam salah satu posting yang telah pun dipadamkan, Anju berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota polis wanita terbabit bagaimanapun dia enggan memberitahu identiti mahu pun punca sebenar kes ini.

Screenshot 2021 07 01 At 12.44.43 Pm Down

“Baru nak fikir masa depan keje kau?”

Anju kemudiannya memuat naik satu lagi hantaran sebentar tadi juga telah dipadamkan memberitahu, selepas mengatakan yang dia bakal ambil tindakan, anggota polis wanita itu kini dikatakan takut hilang kerja.

Screenshot 2021 07 01 At 12.33.10 Pm

Sementara itu, Anju turut mengambil kesempatan untuk memberitahu pihak media di luar sana, untuk beri dia bayaran sebanyak RM5,000 sekiranya mahu mendapat penjelasan dari pihaknya.

Screenshot 2021 07 01 At 12.51.09 Pm

Sebelum ini, Anju menafikan berita penangkapan selebriti di Nilai itu adalah dirinya dan turut memberikan offer RM1,000 kepada mana-mana individu yang berjaya membuktikan perkara itu.

 

Baca: Ruangan Komen Diserbu Netizen Lepas Viral Kes Ditahan Polis Kerana Positif Dadah, Ini Respon Anju…

Collage 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.