Berlaku satu tragedi hitam di Somalia di mana sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan perubatan Covid-19 terhempas, semalam.
Pesawat yang dikendalikan oleh East African Express Airways terhempas di bandar Bardale yang menyebabkan 6 penumpang termasuk kru meninggal dunia, lapor Astro Awani.
Dilaporkan pesawat itu sedang dalam perjalanan ke bandar untuk membawa bantuan perubatan Covid-19 bersama warga Kenya dan Somalia.
6 individu yang maut termasuklah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih, serta dua orang yang bekerja untuk syarikat penerbangan.
Menurut Menteri Pengangkutan Somalia Mohamed Salad, setakat ini 5 mayat berjaya ditemui.
Ekoran daripda itu kerajaan Somalia akan menghantar pasukan untuk menyiasat selain akan menerima mana-mana bantuan antarabangsa.
Dalam pada itu, saksi mendakwa melihat pesawat berkenaan terhempas setelah ditembak.
Pada awalnya saksi melihat pesawat cuba untuk mendarat di landasan namun berpatah balik sebab ada haiwan liar di atas landasan dan tak lama lepas tu pesawat berkenaan ditembak di bahagian sayap sebelum mendarat pada cubaan kedua.
Dalam pada itu, saksi memberi beberapa gambar bagi menguatkan dakwaan yang telah dibuat.
Baca : [TERKINI] Pesawat Boeing 737 Ukraine International Airlines Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran