in

PERHATIAN : Bukit Broga Ditutup Dua Minggu, Bermula 27 Jun!

Featured 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral gambar Bukit Broga di Semenyih yang sesak dan dipenuhi orang ramai.


Susulan itu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Selangor semalam memutuskan lokasi itu ditutup selama 2 minggu bermula 27 Jun ini daripada sebarang aktiviti pendakian.

Keputusan itu diambil susulan perlanggaran prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan rekreasi tersebut, lapor Harian Metro.

103977969 3365538186813144 2550370283645274694 N

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah dalam satu kenyataa berkata…

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.

“Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,”

Sebelum ini pada 22 Jun, viral berkenaan kesesakan di Bukit Broga di Semenyih selepas dikunjungi ramai orang bagi melakukan rekreasi di kawasan berkenaan.

Difahamkan yang kawasan dibawah seliaan MPKJ itu tidak menempatkan pegawai yang khusus di kawasan tersebut memandangkan kawalan laluan masuk dilakukan pemilik tanah dan pengendali kawasan parkir.

 

Baca : “Jangan ada kluster Broga pulak” ; Individu Kongsi Gambar Pendaki ‘Beratur’ Nak Panjat Bukit Broga, Tak Jaga SOP

Baca 17 9

Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.