in

Penantian 13 Tahun, Malaysia Juara Berganda Sepak Takraw World Cup

Syaz Ft 78

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bercakap mengenai sukan sepak takraw, ia agak sinonim dengan negara Gajah Putih iaitu Thailand yang biasanya merangkul kejuaraan bagi sukan tersebut.

Namun, malam tadi pasukan sepak takraw Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi juara bagi Sepak Takraw World Cup yang diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi kategori double serta regu.


Menurut laporan Berita Harian, Thailand akur dengan kekalahan di set pertama, namun memberikan tentangan di set kedua dalam usaha untuk mengheret ke set penentuan.

Artikel berkaitan: “Sepak takraw pun ada?” – Ini 7 Sukan Yang Tersenarai Sebagai Sport Paling Pelik Di Dunia

Artikel berkaitan: [VIDEO] Buat Hal! Excited Sangat Dapat Mata, Gigi Pemain Takraw Ni Sangkut Dekat Jaring

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Pun begitu, trio negara kekal tenang dalam menyerap segala asakan dari Thailan sekali gus mencapai kemenangan 15-12 di set kedua.

Kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.

Dalam pada itu, kemenangan skuad regu negara menambahkan lagi kejuaraan selepas skuad double juga berjaya menumbangkan duo dari Thailand.

Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double.

Sebagai info, pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.

Tahniah Malaysia!

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.