in

Pemusnah Alam Sebenar? Ini X Bencana Buatan Manusia Terbesar Dalam Sejarah

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, adalah disebabkan oleh manusia sendiri yang tidak menjaga alam sekitar dengan baik. Malah, sepanjang sejarah, banyak bencana-bencana besar yang telah berlaku ekoran buatan manusia sendiri.


Jadi pada artikel kali ini, jom kita tengok sendiri bencana buatan manusia terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah dari keruntuhan nukelar sehinggalah letupan kimia yang telah menyebabkan kemusnahan besar.

1. Tumpahan Minyak Teluk Mexico

Controlled Fire Gulf Of Mexico Deepwater Horizon 6May2010.Jpg

Pada tahun 2010, satu lonjakan gas metana telah mengalir di dasar laut dalam melalui paip gerudi. Walaupun terdapat satu alat yang menghalang letupan sekiranya kejadian seperti ini berlaku, penghalang tersebut gagal berfungsi dan menyebabkan gas tersebut berjaya sampai ke pelantar sehingga ia meletup dan tenggelam. 11 pekerja meninggal dunia ekoran kejadian ini.

Untuk pengetahuan korang, ia merupakan tragedi tumpahan minyak marin terbesar dalam sejarah di mana sebanyak 124 juta gelen minyak telah dilepaskan di persisiran Louisiana sebelum ia dapat dibersihkan hampir tiga bulan kemudian. Tumpahan ini telah membunuh hidupan laut, merosakkan ekosistem, memusnahkan pekerjaan yang bergantung kepada pelancongan serta turut memberikan kesan negatif kepada kesihatan penduduk tempatan.

2. Chernobyl

Gettyimages 629912323 Dd7587E

Hari yang malang pada 26 April 1986, ini bermula dengan normal di mana, jurutera-jurutera telah menjalankan eksperimen rutin bagi mengetahui sekiranya penyejukan air kecemasan loji akan berfungsi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

Walaupun ujian ini pernah dibuat sebelum ini, tapi kali ini terdapat lonjakan kuasa dan jurutera tidak dapat menutup reaktor nuklear Chernobyl. Disebabkan ini, wap telah berkumpul di satu reaktor dan meletupkan bumbung dan menyebabkan bahan nuklear terdedah dan bahan radioaktif dibebaskan ke udara.

Pekerja dan bomba telah dikejarkan ke hospital dan seramai 29 orang telah meninggal dunia ekoran terdedah kepada radiasi yang kuat. Pembakaran ini telah mengambil masa dua minggu untuk dipadamkan.

Dalam masa sehari, seramai 50,000 penduduk berhampiran Pripyat telah dikeluarkan dan kerajaan telah menutup kawasan tersebut sejauh 30km.

Selepas bertahun-tahun, kajian mendapati ribuan orang telah mendapat kanser ekoran kesan radiasi tersebut dan bencana ini merupakan yang termahal dalam sejarah. Ini kerana, kerja pembersihan dikatakan akan berterusan sehingga tahun 2065.

3. Bencana Gas Bhopal

P1Nbomj8 Bhopal Gas Tragedy

Pada tahun 1984 di India, satu loji kimia telah melepaskan sebanyak 40 tan methyl isocyanate iaitu gas tanpa warna yang digunakan untuk racun perosak. Kebocoran ini berlaku ekoran berlaku kerosakan kepada sistem keselamatan. Lebih 600,000 orang terdedah kepada gas membunuh ini.

Malangnya, orang-orang yang tinggal berhampiran loji tersebut tidak diberitahu dengan cepat mengenai kejadian ini dan pekerja hospital telah diberikan maklumat yang bercanggah mengenai situasi tersebut. Disebabkan ini, ramai orang-orang tak bersalah telah mengalami batuk, sakit mata, kebakaran, kesukaran bernafas dan muntah serta beribu-ribu orang dan haiwan telah mati beberapa jam kemudian.

Kajian jangka panjang mendapati, selepas insiden ini, ribuan orang masih terkesan dengan tragedi ini.

4. Bencana Seveso

Seveso 1976

Di Itali pada 1976, satu kilang yang mengeluarkan kimia yang dipanggil 2,4,5-Trichlorophenol, yang biasanya digunakan dalam pembuatan senjata telah pecah dan melepaskan sebanyak 6 tan kimia toksik ke udara.

Awan kimia beracun ini telah telah berlegar sejauh 6 batu persegi ke kawasan sekitar termasuk di bandar Seveso. Kanak-kanak di sana telah dimasukkan ke hospital kerana radang kulit dan beratus-ratus penduduk mengalami masalah kulit sehingga tempat tersebut perlu dikosongkan.

Tak cukup dengan itu, ribuan haiwan juga turut mati dan terpaksa disembelih bagi mengelakkan toksin masuk ke dalam rantaian makanan.

Sejak tahun 1976, kajian menemui ramai penduduk tempatan telah meninggal dunia kerana sakit jantung dan penyakit pernafasan serta beberapa jenis kanser juga turut meningkat di kawasan yang terkesan.

5. Love Canal

Ghows Oh 22572308 Da48 4Acb 9Aa9 556E9B8E5458 961E8F56.Jpeg

Sejak tahun 1942 sehingga 1953, syarikat Hooker Chemical Co. telah menggunakan satu terusan di Love Canal, New York untuk membuang sebanyak 21,000 tan bahan buangan kimia toksik. Pada tahun 1978, The New York Times melaporkan, kimia dari terusan tersebut telah bocor ke rumah-rumah orang, padang dan taman permainan sekolah selepas musim hujan lebat berlaku selama bertahun-tahun dan menyebabkan lopak air toksik.

Presiden Jimmy Carter kemudiannya telah mengumumkan darurat pada tahun yang sama dan memberikan penempatan semula kepada 239 keluarga dan mengumumkan darurat kedua pada 1981 dan mengosongkan keseluruhan penduduk Love Canal selepas mereka mengalami keguguran, kecacatan kelahiran dan penyakit seperti epilepsi, asma, migrain dan nefrosis.

Sumber: Time Capsule Tales 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.