in

Peminat Kecewa Harga Tiket Konsert ‘Blackpink’ 4 Mac Nanti Taraf ‘Yahudi’, Dakwa Cecah Hampir RM2K?

3Bp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gergasi muzik Korea, Blackpink bakal mengadakan konsert jelajah dunia dan akan menghiburkan peminat di Malaysia pada 4 Mac 2023.



Screenshot 2022 11 13 At 1.51.30 Pm

Namun, peminat kumpulan K-pop itu di Malaysia meluahkan rasa kecewa susulan harga tiket konsert itu didakwa mencecah sehingga RM 2,000.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kebanyakkan peminat Blackpink turut kecewa dengan sususan tempat duduk penonton yang dikatakan terlalu jauh dari pentas utama. Kedudukan tempat duduk yang ditawarkan oleh penganjur dianggap tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Terdahulu, peminat mula berdebat di Twitter apabila ada pihak mendakwa harga tiket konsert Blackpink World Tour (Born Pink) Kuala Lumpur 2023 dikatakan dijual pada harga bermula RM388 sehingga RM1,888.

Screenshot 2022 11 13 At 1.50.45 Pm Screenshot 2022 11 13 At 1.50.53 Pm

Konsert menampilkan kumpulan yang dianggotai Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 Mac depan. Jualan awal tiket konsert itu akan bermula 15 November ini, disusuli jualan kepada orang awam pada 17 November.

Selain Kuala Lumpur, Blackpink turut menggegarkan beberapa negara jiran lain termasuk di Bangkok, Singapura, Manila dan Jakarta.

Baca: BLACKPINK Bakal Menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil Mac 2023

Screenshot 2022 11 13 At 1.52.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.