in

“Peluru dkt Thailand RM2.50 je, nanti aku ‘shoot’ semua polis buat rondaan” – Lelaki Ugut Bunuh Anggota PGA Depan Mata!

Ugut Pga8

Seorang lelaki dilaporkan telah mengugut anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) ketika membuat rondaan di pengkalan haram di Rantau Panjang, pada 25 Ogos lepas.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 12.30 tengah malam ketika anggota yang bertugas berkenaan terserempak dengan suspek berusia lingkungan 30-an dalam keadaan yang mencurigakan.

Peluru dekat Thailand harga RM2.50 saja bos, aku cam muka kamu semua, nanti aku akan tembak semua polis yang buat rondaan.”

Itu kata-kata ugutan yang diberi oleh suspek kepada anggota yang bertindak menghampirinya untuk membuat pemeriksaan. Suspek turut mengugut untuk menikam anggota itu sambil mengacukan sabit yang dipegangnya.

Sabit1

Pegawai Pemerintah PGA8, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata,

“Anggota cuba meminta dia bertenang sebelum lelaki terbabit tiba-tiba mencampak sabit yang dipegang ke dalam perahu dan terjun ke Sungai Golok dipercayai berenang ke sempadan Thailand.”

“Dalam keadaan tegang itu, suspek sempat melaungkan kata-kata ugutan sebagai tanda amaran kepada pihak kami yang menjalankan tugas mengekang kegiatan dia yang dipercayai penyeludup.”

“Kewarganegaraan suspek tidak dapat dikenal pasti, manakala pisau sabit miliknya dirampas dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.”

X 4

Kes itu kini disiasat  mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 7(1)(A) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 (Akta 357).

“Tindakan suspek cuba menakutkan anggota kami, namun PGA8 sudah biasa dengan ugutan sedemikian, malah kami tidak gentar sebaliknya terus berani mencegah pelbagai aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.”

“Selain itu, kawalan terus diperketatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kegiatan haram yang dilakukan penyeludup selain memperkasakan Ops Benteng Covid yang kini di bawah tanggungjawab PGA8.”

“Selain itu, terima kasih kepada agensi penguat kuasa lain serta masyarakat setempat yang memberi kerjasama baik kepada pihak kami.”

Baca: “Delete atau saya ambil tindakan” – Lelaki Diugut DS Aliff Syukri Sebab ‘Share’ Pengalaman Buruk Dekat Resort?

Sugeh Feat

Sumber: Sinar Harian