in

Pelajar Universiti Pernah Dipanggil ‘Bodoh’, Kini Miliki Tiga Ijazah Dalam Tempoh Lima Tahun

Wynona Ryder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini jikalau seseorang itu benar-benar berusaha untuk mendapatkannya walaupun ia kelihatan bodoh dan hanya sekadar anganan kosong. Seorang pelajar perempuan dari Filipina telah membuktikannya dengan berjaya memiliki tiga ijazah sarjana muda dalam tempoh lima tahun. Wow!


Wynona Pauline Catapang pernah dipangil ‘bodoh’ dan seorang yang terlalu bercita-cita tinggi oleh rakan-rakannya kerana ingin menjadi pelajar cemerlang.

Student From Philippines Proves Everyone Wrong Earns 3 University Degrees In 5 Years World Of Buzz 2
sumber: facebook

Namun semua terbukti salah apabila dia berjaya menyelesaikan program lima tahun dan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Komunikasi Massa dengan minor dalam Komunikasi Pembangunan, Ijazah Sarjana Muda Sains Psikologi, dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Hebat gila!

Kisah suka duka Wynona dalam mengecapi kejayaannya ini dikongsikan di laman Facebook yang mana dia sendiri berpendapat bahawa ia bukanlah semudah yang disangkakan. Menurutnya, dia haruslah boleh mengimbangi dan mendisplinkan dirinya dalam mengharungi jadual harian yang padat.

Daripada menghadiri kelas pada waktu pagi hinggalah bekerja dalam produksi sekolah dan menyiapkan tesisnya setiap hari, ia sangat jelas bahawa Wynona harus melalui pelbagai situasi penuh tekanan selama lima tahun lamanya.

Student From Philippines Proves Everyone Wrong Earns 3 University Degrees In 5 Years World Of Buzz 3
sumber: facebook

Apa yang lebih mencabar apabila Wynona harus mengekalkan grednya diparas yang tertentu bagi satu-satu kursus yang diambil.

Dalam pada itu, Wynona juga terpaksa mengawal emosinya dalam melalui detik sedih apabila neneknya meninggal dunia pada Februari lepas ketika dia sedang berjuang menyiapkan tesis di peringkat akhir.

Sungguhpun begitu, Wynona kurang mendapat sokongan dari mana-mana pihak. Mereka seringkali mengangapnya sebagai terlalu bercita-cita tinggi dan mengatakannya ‘bodoh’ kerana melibatkan diri dalam kursus intensif sebegitu.

Student From Philippines Proves Everyone Wrong Earns 3 University Degrees In 5 Years World Of Buzz 4
sumber: facebook

Namun semuanya sudah terbukti kini yang Wynona mampu melakukannya ketika usia beliau baru mencecah 21 tahun! Wah muda-muda dah ada tiga degree tu…

Tahniah kami ucapkan atas kejayaan yang dikecapinya! Semoga terus maju dan menjadi inspirasi buat semua. 

Baca: Usaha Keras Banduan Kes Bunuh Berbaloi, Terima Ijazah Sarjana Dari Open University Malaysia

Ijazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.