in ,

Padah Main Smartphone Sejak Umur Setahun, Budak Perempuan Alami 900 Darjah Rabun Jauh!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kebanyakan ibu bapa zaman sekarang suka gunakan jalan mudah untuk ‘mententeramkan’ anak mereka iaitu dengan memberi budak-budak ni main smartphone.

Tapi nampaknya sekarang korang kenalah fikir dua kali sebelum beri anak korang main phone lama-lama sebab takut ia beri effect buruk kepada mata mereka!

 

Baru umur 2 tahun tapi dah ada masalah rabun jauh?

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang budak perempuan yang dikenali sebagai Xiao Man dari Jiangsu, China ni baru je berumur 2 tahun setengah tapi rupa-rupanya dia sudah didiagnos dengan penyakit dengan myopia yang teruk (rabun jauh). 

Sumber: WOB

Ibu bapa Xiao Man dikatakan tak terlalu strict dengan anak mereka dan telah mula membenarkan anak kecil ni bermain dengan smartphone seawal usia setahun. Adoi parents zaman sekarang! 

Disebabkan Xiao Man ni diam dan tak meragam sangat bila dapat smartphone, keluarganya pun ambil jalan mudah dengan membiarkan dia main gadget tu berjam-jam lamanya.

 

Mula tunjuk petanda rabun, bila check ke doktor… power mata dah naik 900 darjah! 

Lepas setahun menggunakan smartphone, anak kecil ni mula tunjuk petanda pelik iaitu selalu mengecilkan mata dan mengerutkan dahi. Tapi keluarganya ingat itu hanya habit buruk dan mereka tak buat apa-apapun.

Sampailah pada suatu hari ini, ibu bapa Xiao Man bawa anak mereka pergi check up dan terkejut bila dapat tahu anak mereka telah mengalami 900 darjah rabun jauh! Adoi min yang dah tua ni pun power 300 je! Teruk ni… 

Gambar hiasan

Menurut doktor, budak kecil seusia Xiao Man ni masih terlalu muda untuk gunakan gadget dan kekerapan menggunakan peranti elektronik ni boleh merosakan matanya. Kecacatan yang dialami Xiao Man memang tak boleh disembuhkan dan tambah doktor, perkara ni akan bertambah buruk bila dia meningkat tua.

 

Pantau penggunaan telefon pintar ke atas kanak-kanak berusia 3 tahun 

Doktor menasihatkan supaya kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah tidak sepatutnya menggunakan telefon bimbit. Manakala golongan kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun pula sepatutnya hanya boleh diberikan menggunakan telefon pintar selama 30 minit sehari.

Tambah doktor lagi, ibu bapa yang mengesan simptom-simptom ketagihan anak pada gadget ni eloklah bawa si kecil buat pemeriksaan. Antara simptom yang paling kerap berlaku ialah sering menggosok mata, kerap mengerdip mata dan muka berkerut. 

Gambar hiasan

Take note ye parents semua! 

Baca: Bebola Mata Wanita Ini Ada 500 Lubang Sebab Terbakar Akibat Gunakan ‘Brightness’ Maksimum Pada Handphone

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: