in

“Organ dalaman reput”- Mayat Sempurna, Polis Beri Gambaran Penderitaan Nora Anne Hingga Nafas Terakhir

Nora Derita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, keputusan bedah siasat ke atas Nora Anne Quoirin, 15, telah pun diumumkan. Remaja yang hilang dari biliknya ketika bercuti dengan keluarga di The Dusun, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia akibat kebocoran usus.


Nora6
sumber: daily mail
Nora Anne
sumber: harian metro

Dengan status sebagai orang kurang upaya (OKU), polis percaya Nora Anne terseksa sehingga ke akhir hayatnya. Bagaimanapun, tiada kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah atau rogol serta badannya cuma ada calar di kaki.

Tiada kesan mangsa ditarik atau dipimpin keluar oleh individu lain. Mangsa kemungkinan keluar sendiri dan sesat di kawasan hutan berkenaan.”

Nora Anne bersendirian tanpa pakaian dan kasut di dalam hutan tebal, berjalan seorang diri tanpa makan dan tidur hanya beralaskan rumput serta batu di kawasan sungai.

Pri 795284131 E1565511416129
sumber: metrouk

Begitulah penderitaan yang dialami oleh remaja dari Ireland itu sehingga akhir hayatnya seperti yang digambarkan oleh polis. Kesengsaraan yang remaja istimewa itu alami menyebabkannya menghadapi tekanan sehingga akhir hayatnya.

Mayatnya ditemui sekumpulan pendaki di kawasan hutan kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan itu pada Selasa, 13 Ogos tanpa pakaian dalam keadaan mengiring di atas batu.

Nora3
sumber: sunday daily
Nora2
sumber: awani
Nora 2
sumber: berita harian

Mengikut kata sumber, berdasarkan keadaan mayat ketika ditemui, Nora Anne dipercayai tidak sedarkan diri di kawasan itu selepas ususnya mengalami kebocoran dan meninggal dunia.

Mayatnya masih sempurna dan belum membengkak. Namun, organ dalaman sudah mulai reput. Ini bermakna mangsa meninggal dunia dalam tempoh kurang 48 jam sebelum ditemui.”

Nora1
sumber: awani

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, punca kematian mangsa disebabkan oleh kebocoran usus akibat tidak makan dalam tempoh panjang dan mengalami tekanan.

Baca: “Ada orang letak dia dekat situ” – Keluarga Nora Anne Percaya Anak Mereka Diculik Bukan Keluar Sendiri

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.