Menyedihkan dan tragis. Sungguhpun mayat remaja Ireland berusia 15 tahun, Nora Anne Quoirin yang hilang semenjak 4 Ogos lalu sudah ditemui, misteri masih menyelubungi kes ini termasuklah cara mayat mangsa dijumpai.
Menurut Daily Mail, pendaki pertama yang menjumpai Nora Anne berkongsi cerita mengenai penemuan tersebut. Apa yang lebih pelik, pendaki bernama Sean Yeap ini mula berteori yang mangsa mungkin ‘baru’ saja ada di tempat kejadian.
Nora mungkin sesat dan berjalan ke kawasan air terjun sebelum pengsan…
Sukarelawan dan pendaki yang menjumpai mayat Nora Anne, Sean Yeap memberitahu yang kemungkinan besar mayat Nora baru saja ada di kawasan tersebut kerana kalau betul lah dia memang sudah lama di situ…. pasukan search and rescue sudah pasti menemuinya.
Menurut Sean Yeap, tubuh Nora ditemui hanya 2 km dari resort yang diduduki keluarganya dan tubuhnya juga tidak disembunyikan kerana dia kelihatan terbaring dengan kepala direhatkan ke tangan.
Tambah pendaki ni lagi, dia mula berteori yang Nora mungkin tersesat dalam hutan dan berjalan ke kawasan air terjun untuk meminum air. Namun kemudian gadis tersebut jatuh pengsan, sebelum pihak penyelamat menemuinya. Boleh jadi jugakkan?
“Dia nampak macam sedang tidur. Kepalanya sedang berehat pada tangannya”
Yeap juga menambah, ketika dia terlihat Nora, dia menyangka gadis itu sedang tidur.
“Dia nampak macam sedang tidur. Kepalanya sedang berehat pada tangannya.
“Tapi kami semua tahu dia sudah meninggal dunia.
“Ia sangat sedih dan 2 wanita yang ada di dalam kumpulan kami tidak mahu mendekat serta mereka mula menangis.”
Kata Yeap, tempat di mana Nora ditemui itu juga tak mudah untuk dijumpai. Namun dia agak ragu-ragu juga jika benar Nora berjalan mengikut arah sungai, kenapa tiada kesan tapak kaki di sekitar kawasan tersebut?
Ada kemungkinan juga mangsa berjalan di dalam air sebab sungai yang berdekatan pun tak ada lah dalam parasnya.
“Saya bersimpati dengan apa yang berlaku tapi…”
Yeap menerusi kenyataan rasminya berkata, dia bersimpati dengan ibu bapa Nora Anne dan sangat sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya sangat bersimpati kepada mereka tapi saya bersyukur kerana berjaya menemui Nora dan mereka (keluarga mangsa) tak perlu menunggu lebih lama untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.
Semoga proses bedah siasat hari ini dapat membongkar apa yang sebenarnya berlaku kepada Nora. Harap keluarganya tabah hadapi dugaan ini. RIP Nora Anne Quoirin.
Baca: Nora Anne Quoirin: Beberapa Pertanyaan Misteri Selepas Penemuan Mayat Nora Masih Belum Terjawab