in

“Ni kira bagus ke tak?” – Wanita Kumpulkan Hampir RM1.5 Juta Jual Gambar Bogel Untuk Selamatkan Hutan Australia

Collage 8

Sedikit sebanyak korang mesti tahu kan yang Australia kini sedang mengalami kebakaran hutan terbesar bermula dari bulan September lalu yang kini telah pun membunuh hampir setengah BILION haiwan di negara itu.

Pembakaran ini juga sangat teruk hinggakan New Zealand yang terletak sejauh 4,000km dari Australia pun turut mengalami jerebu.

200101104703 03 Australia Bushfires 0101 Exlarge 169
Sumber: cnn. Com

Sepanjang krisis ini berlaku, banyak negara, artis, sukarelawan dan persatuan telah mengumpulkan dana bagi membantu Australia memadamkan kebakaran ini, termasuk satu kumpulan ini yang mengumpulkan dana menggunakan cara yang agak pelik. Macam mana?

Seorang pengguna Twitter dengan nama The Naked Philantrhopist telah menawarkan gambar bogelnya kepada sesiapa yang mahu menderma sekurang-kurangnya AUD10 (RM23.53) untuk membantu Australia memadamkan kebakaran.

Cara luar biasa wanita ini telah membuatkan dia berjaya mengumpul lebih dari AUD500,000 (RM1,426,748) tau!

Screenshot 2020 01 06 At 12.25.00 Pm

Saya akan hantar gambar bogel kepada sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya $10 kepada mana-mana pengumpul dana kebakaran hutan di Australia. Setiap $10 = satu gambar bogel ke DM korang. Syaratnya, hantar confirmation yang korang dah buat derma.

Melihatkan cara “istimewa” wanita ini telah membuahkan hasil, beberapa wanita lain turut sama ikut jejak langkahnya.

Seorang pengguna Twitter lain, LUNA, telah mengumpul sebanyak AUD18,000 (RM51, 362) hanya dalam masa satu malam bersama dua lagi wanita lain yang telah mengumpul sebanyak RM1.5 juta untuk menyelamatkan orang dan haiwan di Australia.

Screenshot 2020 01 06 At 12.24.45 Pm 1

Gambar bogel misteri dan nakal akan diberikan kepada sesiapa yang memberikan derma kepada pengumpul dana untuk kebakaran hutan Australia. Tolong RT untuk bantu orang-orang dan haiwan-haiwan saya.

Beberapa netizen telah memuji tindakan wanita ini yang sanggup menjual “badan” mereka bagi menyelamatkan Australia.

Bush Fire 2

“Saya selalu persoalkan motivasi dan maruah wanita yang dedahkan diri di media sosial, tapi jujurnya, ini adalah motivasi yang paling tak pentingkan diri yang pernah saya lihat! Saya akan cuba untuk derma tanpa minta gambar bogel dia. Apa pun, tahniah!

Bush Fire 1

“Wanita ini kumpulkan hampir $100k dalam masa sehari kepada pertubuhan amal dengan menghantar gambar bogelnya pada orang yang ada bukti dia dah menderma untuk hutan Australia dan ini membuktikan, tak semua hero pakai baju.”

Bush Fire 3

“Saya kecewa dengan orang yang hanya nak derma lepas wanita ni tawarkan gambar bogel tapi saya hormat dia kerana berjaya kumpulkan duit.”

So, apa pendapat korang?

 

Baca: “Google je lah” – BF Kantoi Pinjam Duit GF RM150 Untuk Beli Gambar-gambar Bogel Perempuan Lain

Screenshot 2020 01 06 At 12.31.47 Pm