Korang ingat lagi tak cerita klasik Dayang Senandung yang dilakonkan oleh Sarimah tahun 1965 dulu? Sekarang ni, nama Dayang Senandung sedang hebat diperdebatkan di Twitter gara-gara cerita klasik ni bakal dibuat drama versi moden.
Macam yang korang semua tahu, filem Dayang Senandung ni berkisarkan tentang wanita yang telah disumpah sehingga kulitnya hitam legam, pun begitu, dia masih disayangi oleh bapa dan suaminya tapi jadi kebencian ibu mertuanya.
Disebabkan sekarang ni ramai orang sedang perjuangkan Black Lives Matter, ada netizen yang merasakan produksi drama Dayang Senandung moden ni tak sensitif lebih-lebih lagi bila pelakon, Wani Kayrie hitamkan muka untuk melakonkan watak ini.
Untuk pengetahuan korang, di barat, hitamkan muka atau black face ini dilihat sebagai perkara yang sangat offensive kerana ini, seorang netizen telah membuat petisyen untuk hentikan produksi drama Dayang Senandung yang dirasakan kurang sensitif ini.
Another malay drama that demeans black people. The entire plot is about a princess who was “cursed” with black skin who ends up fair at the end when the “curse” lifts. I’m tired.
DO NOT DONATE TO CHANGEORG, SIGN THE PETITION AND SHARE ONLY. https://t.co/yxafQiycb0
— deeps ?️⚧️?? (@umploops) June 18, 2020
Seorang netizen berpendapat, Dayang Senandung versi moden ni, warna sumpahan patutnya ditukar kepada warna lain selain hitam bagi mengelakkan isu sensitif seperti ini berbangkit.
Seperti cerita rakyat barat, kalau diikutkan versi original, Sleeping Beauty telah dirogol, Cinderella cederakan dirinya sendiri manakala Pinocchio dibunuh dengan digantung ke pokok namun semua plot ini ditukar mengikut kesesuaian dan penerimaan kanak-kanak dan masyarakat.
Pun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan cerita ini dan mengatakan yang cerita Dayang Senandung ni adalah cerita lagenda Melayu dan tak ada kena mengena dengan Blacks di barat serta ia berikan pengajaran yang baik kalau tengok cerita tu betul-betul.
Turut menjadi isu bila Wani Kayrie joget di TikTok dengan make-up Dayang Senandung dan video di Instastory tunjukkan kawan-kawannya seolah-olah mengutuk orang berkulit gelap seperti tak cantik.
Namun, Wani Kayrie dikatakan telah pun memadam video ini dan membuat permohonan maaf.
So apa pendapat korang, patut ke drama ni dihentikan?