Netizen Mentertawakan Babak Lakonan Shukri Yahaya Yang Tidak Masuk Akal Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Netizen Mentertawakan Babak Lakonan Shukri Yahaya Yang Tidak Masuk Akal Ini

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Kami suka dan sokong rancangan televisyen dan drama lokal hasil produksi tempatan, tetapi apa yang kami bakal kongsikan ini tersangaaatlah kelakar!

Semalam, seorang netizen berkongsi di Twitter tentang babak yang tak tercapai dek akal lucunya dari sebuah drama televisyen tempatan.

Sebelum kami membuat anda ketawa lebih lagi, tonton babak itu di bawah ini:

Klip video yang dimuat naik itu menunjukkan dua lelaki sedang bergaduh sementara dua wanita menjerit menyuruh mereka untuk berhenti.

Babak itu pada mulanya nampak begitu dramatik dan penuh dengan suspen dek kerana muzik latar dengan bunyi yang mendebarkan.

Bagaimanapun, segalanya bertukar menjadi lucu apabila salah seorang lelaki di dalam babak itu yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya ditolak, menyebabkannya terjatuh lalu tertusuk dengan sebatang buluh dari belakang.

Sumber: Twitter

Babak yang seharusnya menjadi tegang dan dramatik itu berubah apabila teknik visual effects dipersoalkan!

Netizen kemudian mula mengkritik drama itu (sambil mentertawakan!), dan berkata bahawa babak yang seharusnya menjadi ngeri tetapi dirosakkan oleh kualiti special effects yang teruk dan sangat kelakar.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ada juga yang kecewa dengan keadaan di mana orang ramai lebih memilh untuk menonton drama sebegitu berbanding drama hasil produksi tempatan yang lebih bagus.

Sumber: Twitter

Tetapi, rata-rata netizen sememangnya mentertawakan dan mengejek hasil drama tempatan yang dilakonkan pelakon hebat seperti itu.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Rakyat Malaysia ni memang kelakar la! Drama TV tempatan kena belajar lebih lagi tentang visual effects. Harap-harap di masa akan datang, drama kita akan jadi better than this!

Baca: Gadis Cun Jual Aiskrim di Langkawi Ini Jadi Perhatian Netizen, Digelar ‘Si Cantik Penjual Aiskrim’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!