Sejak akhir-akhir ini banyak pula kisah kedai baiki kereta menipu pelanggan, kan? Terbaru hari ini apabila seorang wanita mendedahkan penipuan sebuah kedai baiki kereta di Sungai Petani.
Menerusi perkongsian di Facebook, Norshaheera Jamaludin telah ke kedai tersebut yang bernama K Sevan bersebelahan sebuah kuil di Sungai Petani.
Dia mendakwa telah membawa kereta Kancil 660cc miliknya untuk dibaiki di sana. Namun dia telah dicaj sebanyak RM4010 hanya untuk menukar kaburator yang rosak. Weh, biar betul??
Apabila kereta tersebut diperiksa di kedai lain, didapati tiada apa pun barang dalaman kereta yang ditukar baru. Malah kenderaan Proton milik mangsa juga pernah dibawa baiki ke situ.
Kedai tersebut dengan sewenang-wenang mengecaj RM5779 dan dengan sengaja memberi resit yang penuh dengan nama barang gantian kereta yang konon ditukar kedai tersebut.
Menurut mangsa, sudah ramai yang terkena dengan taktik kotor kedai tersebut. Malah rata-rata pengguna Facebook juga turut berkongsi pengalaman yang hampir sama, ditipu kedai baiki kereta itu.
Netizen yang prihatin juga sempat membuat siasatan dan berkongsi gambar salah seorang pengendali di kedai tersebut.
Para pemilik kereta nampaknya kenalah berhati-hati dan lebih teliti melihat jumlah yang tertulis di resit. Kadang-kadang anda mungkin tidak perasan, kedai sebegini caj pelanggan lebih dari harga asal, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak ambil peduli. Main bayar jeee.
Diharap orang ramai terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa tampil membuat laporan tentang kedai ini supaya tiada orang lain yang menjadi manga di masa akan datang.
Baca: Lelaki Kongsi Kisah Hampir Ditipu Kedai Tayar, Jual Tayar Lama Dengan Harga Mahal