in

Nasib Baik! Anak Kucing ‘Survive’ Walaupun Terperangkap Dalam Enjin Kereta Dibawa Sejauh 48km Dengan Kelajuan 100km/h

Gambar Hiasan 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang bela kucing, mesti korang perasan yang kucing memang suka sangat ‘lepak’ di bawah kereta kan? Sebab itu disarankan periksa dahulu dibawah kereta korang sebelum memulakan perjalanan takut tak pasal je ‘si bulus’ ni kena lenyek.


Namun, satu perkara menakjubkan telah berlaku dimana seekor anak kucing bernasib baik apabila berjaya diselamatkan dari bawah enjin kereta dan didapati masih hidup selepas mengharungi perjalanan sejauh 30 batu bersamaan 48 kilometer dan kelajuan sekitar 100 Km/h! Nasib baik tak terbakar dalam enjin tu!

Pada awalnya, seorang wanita sedang memandu menuju ke rumah ibunya di Neston dari rumahnya di Winsford, Cheshire. Namun pemanduannya terhenti apabila apabila dia terdengar bunyi kucing mengiau di dalam kereta dia lapor Daily Star.

0 Dsol Rspca 1

Haiwan comel berusia tujuh minggu tersebut dipanggil sebagai Yaris.Wanita itu juga mengatakan bahawa dia ada melihat Yaris di luar rumahnya pada malam sebelum kejadian namun kucing itu melarikan diri apabila didekati olehnya.

“Kali terakhir saya melihatnya adalah semasa dia berada berdekatan dengan kereta. Saya tidak melihat atau mendengar suara kucing itu pada waktu pagi dan saya juga sudah memeriksa di bawah kereta namun tidak menemuinya”

Inspektor Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Caren Goodman James berkata agak sukar untuk mengeluarkan kucing tersebut.

Dia terpaksa berbaring di tanah dengan keadaan basah dan kotor sehingga dia dapat membebaskan kucing tersebut.

Maybe kereta owner kucing ni Toyota Yaris kot.. tu melekat nama kereta tu dekat kucing dia

 

Baca: “Dia buat mcm kucing je”- Lelaki Ini Selamba Tolak Buaya Yang Kacau Dia Kerja

A 1 15

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.