in

“Nama akan didedahkan lepas perjumpaan dgn Agong” – Lebih 100 Ahli Parlimen Termasuk 15 Dari UMNO Didakwa Sokong Anwar

Anwar Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, kecoh tentang sidang media Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti untuk membentuk satu kerajaan baru.

Berdasarkan laporan, Anwar turut mendakwa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadap namun terpaksa ditangguh dek kerana kegeringan baginda.


Saya sudah dapat sokongan majoriti kukuh & menyakinkan untuk dipersembahkan kepada YDPA. Sepatutnya kelmarin dapat menghadap YDPA tapi ditangguhkan kerana Baginda di IJN.”

 

“Saya Perdana Menteri yang sah” – Muhyiddin Yassin

Memberi respon tentang isu itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.”

Muhyiddin

 

Lebih 100 beri sokongan – sumber

Menurut The Vibes, lebih 100 ahli parlimen menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim termasuklah 15 orang daripada UMNO.

Seperti dimaklumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam yang berkata ramai ahli-ahli parlimen UMNO dan BN yang menyokong Anwar Ibrahim. Menurut Zahid lagi, beliau menghormati pendirian mereka dan tidak menghalang sokongan terhadap suami Dato’ Seri Wan Azizah itu.

Bukan itu saja, Mat Sabu juga turut menyatakan kepercayaan AMANAH dengan kepimpinan Anwar dan seramai 11 ahli parlimen memberi sokongan kepada ‘Kerajaan Baharu’ berkenaan.

Capture 6 4

Berikut adalah jumlah senarai ahli parlimen yang didakwa memberi sokongan terhadap Anwar:

DAP: 42 orang

Amanah: 11 orang

PKR: 38 orang

UMNO: 15 orang

Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Saddiq yang kini bebas dan dua anggota parlimen Parti Sarawak Bersatu yang dikatakan masih tidak jelas dengan sokongan mereka.

 

Nama akan didedahkan

Menurut sumber, kesemua 15 ahli parlimen UMNO yang menyokong Anwar itu tidak mengharapkan apa-apa jawatan di masa akan datang.

Bagaimanapun, sumber terdekat Anwar mengatakan nama-nama mereka tidak sesuai untuk didedahkan sekarang. Namun identiti mereka akan diketahui umum selepas perjumpaan Presiden PKR itu dengan YDP Agong.

Kita tunggu saja YDP Agong perkenan untuk mengadap.”

Ydp1

Baca: “Bukan kali pertama”- Ini 2 Percubaan Gagal Anwar Ibrahim Cuba Bentuk Kerajaan Baharu Lepas Mengaku Dapat Majoriti

Tunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.