in

“Ramai MP Umno dan BN nyatakan sokongan” – Zahid Tak Halang Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Presiden PKR telah mengumumkan bahawa dia telah pun mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru sekaligus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Selepas dakwaan Anwar mengatakan dia telah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, ramai yang tertanya-tanya ahli parlimen dari parti mana yang telah memberikan sokongan ini.

Sebentar tadi, Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi BN telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang dia tak halang jika ada mana-mana ahli parlimen Umno atau BN yang mahu menyokong Anwar, lapor MalaysiaKini.

23Hmzah 1600827965

Zahid turut menyatakan Umno dan BN bukanlah parti komponen bagi Perikatan Nasional. Sokongan yang diperolehi oleh kerajaan PN sebelum ini hanya dari sokongan ahli-ahli parlimen sahaja.

Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian mereka.”

Korang boleh baca teks penuh kenyataan Zahid Hamidi di bawah ini:

Screenshot 2020 09 23 At 2.56.52 Pm

 

Baca: [TERKINI] “Saya merayu rakyat tolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik” – PM

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.