in

Sambutan Deepavali Kebangsaan 2026, Ruang Rakyat Malaysia Kenali Pelbagai Warisan Negara

Ana 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 berlangsung meriah apabila lebih 5,000 tetamu hadir bagi memeriahkan acara yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).

Sambutan kali ini mengangkat tema ‘Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan’, sambutan bukan sekadar menampilkan keunikan budaya masyarakat India, malah menjadi ruang untuk rakyat Malaysia mengenali dan menghargai kepelbagaian warisan negara.


Lebih istimewa, majlis yang berlangsung di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 November hari ini  turut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

906713641 4409696112678017 7064641341029819423 N

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, keunikan Malaysia terletak kepada kemampuan rakyat untuk hidup bersatu dalam kepelbagaian.

Menurut beliau, kekuatan sesebuah negara bangsa bukan bergantung kepada keseragaman masyarakat, sebaliknya terbina melalui kepercayaan, aspirasi bersama dan kesediaan mempertahankan kepentingan negara.

“Keunikan Malaysia terletak pada keupayaan rakyatnya bersatu dalam kepelbagaian. Kekuatan negara bangsa tidak diukur melalui keseragaman rakyatnya, tetapi melalui keupayaan kita membina kepercayaan, berkongsi aspirasi dan mempertahankan kepentingan bersama.”

Amalkan Semangat Perpaduan Sepanjang Tahun, Bukan Masa Perayaan Je

Dalam ucapannya, Aaron turut mengingatkan bahawa semangat perpaduan tidak sepatutnya hanya ditonjolkan ketika musim perayaan melalui amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi.

Sebaliknya, hubungan baik antara masyarakat perlu diteruskan dalam kehidupan seharian menerusi interaksi, keprihatinan sosial dan sikap saling membantu.

Beliau turut mengajak rakyat membudayakan prinsip ‘Faham, Hormat, Terima dan Meraikan Kepelbagaian’ sebagai asas untuk membina masyarakat yang progresif serta harmoni.

“Hal ini kerana kepelbagaian budaya sepatutnya menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat, bukannya alasan untuk mewujudkan jurang antara satu sama lain.”

Jelas Aaron, rakyat Malaysia mungkin berbeza dari segi agama, bahasa dan tradisi, namun tetap berkongsi tanah air, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta aspirasi untuk membina masa depan negara bersama-sama.

Menurutnya, amalan rumah terbuka, kunjung-mengunjungi dan semangat kejiranan membuktikan bahawa kepelbagaian mampu menjadi jambatan persaudaraan, bukannya garis pemisah. 

“Budaya kebersamaan ini perlu dihidupkan sepanjang tahun, bukan hanya ketika musim perayaan. Perpaduan mesti diterjemahkan melalui interaksi harian, keprihatinan sosial dan semangat saling membantu. 

“Justeru, kita perlu membudayakan prinsip Faham, Hormat, Terima Dan Meraikan Kepelbagaian sebagai asas membina masyarakat yang progresif dan harmoni.”

Aaron juga berharap sambutan Deepavali tahun ini diharap dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh hubungan antara kaum dan menyemai rasa saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

Tarian Dan Muzik, Warisan Pelbagai Etnik Turut Diperkenalkan

Selain sambutan yang meriah, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan tradisional masyarakat India.

Antaranya termasuk persembahan muzik klasik menggunakan alat muzik Veenai dan Mridangam, selain seni mempertahankan diri seperti Silambam, Kalaripayattu dan Karra Samu serta pertunjukan fesyen.

Menariknya, pengunjung juga berpeluang mengenali warisan etnik yang terdapat di Malaysia menerusi reruai Rumah KAMI (Rumah Etnik).

Reruai ini mengetengahkan keunikan tradisi masyarakat Melayu, Cina, Tamil, Telugu, Punjabi, Gujarati dan Malayalee, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali kepelbagaian budaya yang membentuk identiti negara.

Sumber: Siaran media Kementerian Perpaduan Negara.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.