in

“Kami percaya dengan kepimpinan Anwar” – Mat Sabu Maklumkan 11 Ahli Parlimen AMANAH Sokong ‘Kerajaan Baharu’

Cc 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi kita digemparkan dengan pengumuman dari Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau telah memperoleh jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.


Walau bagaimanapun, tidak diberitahu secara terperinci bilangan jumlah ahli parlimen yang menyokong beliau.

Terbaharu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan bahawa Kesemua 11 Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

C 4 2

“Seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar,”

“Kami juga memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu.”

 

C1 3 1

Untuk rekod, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau telah mempunyai sokongan yang kukuh daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Dengan sokongan itu, Beliau beranggapan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘jatuh’, lapor Astro Awani.

 

Baca: “Tak ada apa apa yang tumbang atau jatuh” – KJ Nafi Dakwaan Anwar Kerajaan PN Dah Tumbang?

Collage 26

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.