in

“Saya Perdana Menteri yang sah sehingga Anwar buktikan sebaliknya” – PM

Anwar Muhyiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dakwaan  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah sehingga dibuktikan sebaliknya.


Menurut Malaysia Gazette, terdahulu Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

C1 3 1

Muhyiddin Yassin turut berkata dakwan itu hendaklah dibuktikan oleh Anwar mengikut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.”

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.”

Muhyiddin

Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.”

Beliau turut memohon agar rakyat kekal bertenang menghadapi situasi ini yang menurutnya akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Baca: [TERKINI] “Saya merayu rakyat tolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik” – PM

Collage 27

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.