in

“Bukan kali pertama”- Ini 2 Percubaan Gagal Anwar Ibrahim Cuba Bentuk Kerajaan Baharu Lepas Mengaku Dapat Majoriti

Anwar Ibrahim Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin, tiada ribut semalam Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu pengumuman besar.



Menerusi satu sidang media khas, Anwar memberitahu yang beliau sudah mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk satu kerajaan baharu. 

Kenyataan ini telah memberi satu kejutan bukan saja kepada pemimpin blok kerajaan, namun kepada rakyat sendiri yang tercengang-cengang tentang apa yang berlaku sekarang.

Tapi kalau korang nak tahu, ini bukanlah kali pertama Anwar Ibrahim membuat kenyataan sebegitu dalam satu sidang media khas yang ditayangkan di televisyen secara live

Berikut dua kali percubaan gagal Anwar dalam membentuk kerajaan baharu:

 

Rancangan 16 September 2008 yang Gagal 

Setting yang sama dan skrip yang juga hampir serupa, isu mengenai Pakatan Rakyat (gabungan parti PKR, DAP dan PAS) bakal menubuhkan kerajaan bermula sejak 8 Mac 2008 apabila Anwar Ibrahim berkata kerajaan baru akan dibentuk pada 16 September 2008 sempena tarikh Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia. 

Pakatan Rakyat yang pada ketika itu mempunyai 82 daripda 222 kerusi parlimen di Dewan Rakyat yakin majoriti Barisan Nasional di parlimen dapat dikurangkan dengan 30 ahli parlimen didakwa bersedia melompat parti pada tarikh tersebut.

Berikut sidang media Anwar Ibrahim pada tahun 2008. 

Lebih kurang sama kan skripnya? 

Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu mencabarnya untuk menyenaraikan nama pemimpin yang melompat parti.

Walau bagaimanapun ketika sidang media tersebut berlangsung, Anwar mengelak daripada memberi senarai nama tersebut atas alasan bimbang ahli parlimen tersebut akan ditahan, lapor Malaysiakini.

Anwar2

Rancangan membentuk kerajaan pada 16 September tersebut akhirnya gagal selepas surat yang dihantarnya kepada Speaker Dewan untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dengan notis undi tidak percaya kepada PM tidak dijawab. 

Menurut mStar, Tun Abdullah, PM pada ketika itu juga telah menolak cadangan mengadakan Sidang Khas Parlimen dan 40 anggota parlimen yang dikatakan melompat itu telah dibawa ke Taiwan untuk hadiri Seminar Pertanian, kata Anwar.

 

Peralihan PH-PN Februari 2020: Anwar Dakwa Ada Majoriti 

Masih ingat lagi akan pergolakan politik pada awal tahun 2020 hingga membawa kepada peralihan kuasa antara kerajaan Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional?

Semasa pergolakan itu berlaku, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mahu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuktikan keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen terhadap beliau. 

636153

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Presiden PH, pakatan tersebut percaya Anwar telah mendapat jumlah pencalonan terbesar daripada kalangan ahli-ahli parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda terdahulu, lapor Sinar Harian.

636154
Kenyataan majlis presiden ph

Berikut sidang media diadakan Anwar Ibrahim yang mengesahkan Pakatan Harapan memilih beliau sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. 

Namun sebagaimana kita semua tahu, Anwar gagal mendapat majoriti dan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Setelah lebih 6 bulan sidang media di atas berlangsung, semalam, sekali lagi Anwar Ibrahim membuat kejutan dan mengumumkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Walau bagaimanapun selagi Anwar tidak dapat membuktikan kata-katanya sama ada ia benar ataupun tidak, selagi itulah pembentukan kerajaan baharu tidak akan berlaku.

Tentang 'numbers'1. Rancangan 16 September 2008: Anwar umum beliau ada majoriti untuk jadi PM, menggulingkan Abdullah…

Posted by Korek Korek on Rabu, 23 September 2020

 

Ia sebagaimana yang dikatakan Tun M dalam satu laporan media mengenai isu ini kepada The Edge Singapore, lapor Astro AWANI,

Kita harus tunggu untuk lihat apakah ini satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan,” katanya yang menyifatkan ia bukan sesuatu yang baru mengenai Anwar.

Dapatkah Anwar membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri? Apa pendapat korang?

Baca: “Saya Perdana Menteri yang sah sehingga Anwar buktikan sebaliknya” – PM

Anwar Muhyiddin

Sumber: Blog
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.