Berharap nak jadi ‘kuat’ di ranjang, hasilnya menjadi tragedi buruk apabila 10 orang lelaki mengalami keracunan lepas minum supplement untuk menguatkan batin.
Dijual secara Haram
Produk dari Indonesia yang dijual dengan harga Rp 20,000 (RM5.95) itu ternyata tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib dari negara tersebut.
Menurut Polis AKBP Hartoyo, kesemua 10 mangsa dari Sumedang, Indonesia itu mengalami keracunan selepas mereka minum dua produk yang berjenama Kopi Cleng dan Kopi Jantan.
Tambah Hartoyo lagi kopi penambah stamina lelaki itu akan di jual di kedai-kedai jamu. Lapor Detik.com, lokasi pembuatan kopi tersebut terletak di Jawa Tengah.
Ketika pihak polis membuat serbuan di kedai jamu tersebut, sejumlah sampel dibawa untuk menjadi bahan uji kaji pihak berwajib. Namun, kandungan dalam kopi tersebut masih belum dikenalpasti.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati bahawa kopi tersebut telah dijual ke pasaran tanpa sebarang pengesahan.
Rata-rata mangsa yang meminum kopi tersebut merupakan lelaki yang berusia 24 hingga 70 tahun. kesemua mangsa dikatakan dah pulih lepas ditahan beebrapa hari di wad akibat keracunan itu.
Baca : Lelaki, Jangan Buat Perempuan Marah Kalau Tak Nak Hilang KeJANTANan Macam 5 Kes Ni