in

Lelaki, Jangan Buat Perempuan Marah Kalau Tak Nak Hilang KeJANTANan Macam 5 Kes Ni

Korang pernah tak dengar peribahasa Inggeris, “Hell hath no fury like a woman scorned”? Maksud dia, neraka pun tak boleh lawan kemarahan wanita yang dikhianati.

So, korang jangan main-main dengan perempuan, bila dorang marah memang tak boleh bawak berbincang. Memang menakutkan tau!

Sebab tu kot kita banyak dengar cerita pasal zakar lelaki kena potong? Ha, kebanyakannya semua sebab perempuan marah lepas kepercayaan dorang dikhianati. Jom baca apa yang lelaki-lelaki dekat bawah ni buat sampai wanita-wanita ni tergamak potong kejantanan dorang!

5 Kes Wanita Mengamuk Sampai Potong Zakar Lelaki

1. Brenda Barattini

Menurut The Sun, wanita yang berasal dari Argentina ini nekad untuk memotong zakar teman lelakinya menggunakan gunting rumput lepas lelaki ini sebarkan video seks mereka kepada kawan-kawan.

Teman lelaki, Sergio Fernandez hanya mampu melihat apabila hampir 90% dari zakarnya telah dipotong.

Brenda berkata dia potong zakar Sergio untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu dan tak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada teman lelakinya ini. Seriously?

“Saya potong zakarnya tapi bukan semua, saya hanya cederakan dia. Saya tinggalkan dia di rumah kerana nak minta bantuan sebab saya tak nak apa-apa yang buruk berlaku kepadanya dan saya pun memang takut darah.”

Brenda kini ditahan di penjara sementara menunggu prosiding perbicaraannya tamat.

2. Karuna Sanusan

Kejadian yang berlaku di Thailand ini pula terjadi disebabkan kes paling popular kenapa ramai lelaki punya zakar kena potong; sebab curang.

Menurut The Sun, Karuna Susan ni sebenarnya dah lama suspek yang husband dia ni curang sebab laki dia ni suka menggatal. Tiba-tiba, Karuna dapat tahu suami dia keluar dengan perempuan-perempuan lain dibelakangnya.

“Cerita tentang kecurangan dia buat saya marah dan tak boleh nak bertenang. So, saya plan nak buat benda ni.

“Saya ambil pisau pemotong daging, lepastu waktu pagi saya rangsangkan dia dan bila dia tengah tak boleh nak berfikir, saya guna pisau tu, potong zakar dia dan buang ke luar tingkap.”

Wanita ini ditahan sejurus selepas polis mendapat laporan zakar seorang lelaki telah dipotong.

Semasa menceritakan kejadian yang berlaku di balai polis, Karuna kelihatan sangat tenang.

Nasib suaminya pula lain, doktor berkata, sel di dalam zakar telah mati kerana berada di luar terlalu lama. Lelaki ini akan kurang upaya untuk selama-lamanya. Haih, tak pasal-pasal je.

3. Feng

Menurut New York Post, bapa anak lima, Fan Lung lupa untuk log out akaunnya lepas gunakan telefon isterinya untuk menghantar mesej seksi dan berahi ke teman wanitanya. Bodoh cari sendiri.

Feng yang bengang melihat mesej suaminya ini telah mengambil gunting, masuk ke dalam bilik tidur dan potong zakar suaminya semasa lelaki ini sedang tidur.

Fan Lung kemudian dikejarkan ke hospital dan zakarnya dapat diselamatkan dan dijahit semula.

TAPI, Feng berjaya curi-curi masuk ke dalam wad suaminya dan potong semula zakar suaminya dan buang ke luar tingkap. Entah apalah yang laki dia ni tulis dekat gf dia sampai marah teruk isteri dia ni?

Lelaki yang terkejut ini sempat mengejar isterinya hingga ke luar hospital walaupun dia banyak kehilangan darah.

Dengan darah mengalir celah kangkangnya, Fan Lung memukul isterinya beberapa kali sebelum dihentikan oleh petugas hospital.

Kekasih Fan Lung berkata dia tak kisah teman lelakinya ini dah tak subur kerana lelaki ini dah ada lima orang anak. Last-last suami dia ni hidup bahagia dengan kekasih. Tak best betul ending cerita ni.

4. Wanita dari Negeri Sembilan

Haa, bukan dekat luar negara je benda ni jadi. Dekat Malaysia pun ada tau.

Menurut Berita Harian, seorang wanita tempatan yang tak tahan dengan seks ganas suami nekad untuk memotong zakar suaminya dari Pakistan.

Kejadian yang berlaku pada 2016 ini dilakukan semasa mangsa sedar tidur.

Wanita ini perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya sebelum memotong zakar dengan menggunakan mata pisau cukur.

Lelaki Pakistan ini kemudian berlari meninggalkan rumah dan terus ke Balai Polis Batu Kikir sebelum pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Jempol.

Kes ini masih belum selesai tetapi wanita ini telah dilepaskan tanpa dibebaskan kerana pihak pendakwa tak dapat mengesahkan bila suaminya yang kini berada di Pakistan untuk pulang ke Malaysia.

5. Wanita Thai

Seorang wanita telah mengerat zakar suaminya dengan pisau pemotong kotak selepas dia dapat tahu suaminya curang dengan kawan baiknya sendiri.

Menurut MetroUK, ketika wanita ini mengetahui tentang kecurangan suaminya, dia berpura-pura memaafkan suami dan meminta suaminya untuk buka seluar supaya dia boleh berikan seks oral, namun bila lelaki ini mula relaks, wanita ini keluarkan pisau dan mengelar zakar suaminya hingga hampir putus.

Bila dia sedar kecederaan suaminya itu teruk, wanita ini menelefon ambulans.

Bahaya sebenarnya kalau potong alat sulit ni, peluang untuk zakar berfungsi semula pun sangat nipis. Ish

 

Baca: Lagi Kes ‘TERPOTONG’ Kepala Zakar : Kanak-Kanak Trauma, Menyesal Bersunat