in

McBarge: McDonald’s Terapung Di Kanada Yang Kini Terbiar, Ini Kisah Di Sebaliknya

feature 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara kita yang teringin nak menjamu selera sambil dikelilingi pemandangan cantik kan? Baru lah selera makan tu bertambah-tambah.

Namun, lokasi restoran makanan segera, McDonald’s di Vancouver, British Columbia, Kanada ini unik sebab ianya berada di atas sebuah kapal tongkang, lapor laman web Curiocity. Gambar ketika zaman kegemilangan restoran ini telah dikongsikan oleh @nonstandardmcd di Twitter.


Restoran makanan segera ini dikenali sebagai McBarge iaitu gabungan nama McDonald’s dan perkataan barge yang bermaksud tongkang. Pada tahun 1985, bandar Vancouver sedang membuat persiapan untuk World Fair Expo 86.

Jadi, McDonald’s pada ketika itu akan membuka lima buah restoran sepanjang ekspo dan salah satunya ialah restoran terapung ini yang juga dipanggil sebagai Friendship 500 sebagai simbolik ianya menjadi restoran yang ke-500 di Kanada.

mcd

Bot yang bersaiz 187 kaki itu boleh memuatkan lebih kurang 390 orang dan restoran ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung sepanjang ekspo berlangsung.

Menurut MAN OF MANY, restoran ini dibina terapung pada ketika itu untuk memudahkan proses pemindahannya ke lokasi lain selepas ekspo berakhir. Namun, entah kenapa, McBarge kekal terapung di tempat yang sama selama beberapa tahun walaupun ekspo tu dah tamat.

Difahamkan, syarikat berkaitan terpaksa menghabiskan bajet sebanyak 150,000 USD setiap tahun untuk kos penyelenggaraan. Tak lama lepas tu, kawasan tersebut dijual pula kepada pemaju yang mahu kapal itu dialihkan.

Lepas tu pulak, kapal ini telah dibeli oleh pelabur lain namun tak ada apa yang dilakukan dengan kapal tersebut. Namun, pada tahun 2003, ianya telah disewa oleh pihak produksi filem Blade: Trinity sebagai lokasi penggambaran.

Menurut Atlas Obscura pula, kapal ini kemudiannya dibeli oleh Howard Meakin dan ianya telah dipindahkan ke Maple Ridge untuk dibaik pulih. Meakin juga dikatakan ada rancangan untuk menjadikannya restoran makanan laut terapung.

Korang boleh tengok video ni untuk faham dengan lebih lanjut tentang restoran McDonald’s terapung ni:

Sumber: Curiocity, Maple Ridge-Pitt Meadows News, Man of Many, YouTube Bright Sun Films, Atlas Obscura

Baca: Kerja Separuh Jalan! Kenali 4 Menara Pencakar Langit Yang Kini Tersadai & Terbengkalai

bangunan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.