in

“Masa tu memang kami exam” – Kawan ‘Satu Batch’ Veveona Tepis Dakwaan Timbalan Menteri, Perjelas Situasi Sebenar

Exam9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran dengan kenyataan daripada Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendakwa bahawa video tular daripada penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin menjawab pepetiksaan di atas pokok untuk mendapatkan rangkaian Internet itu menipu, rakan satu batch tampil pertahankannya.


 

Upload video masa dah habis exam

Menerusi Twitter @WongGenHee, dia menjelaskan bahawa mereka memang mempunyai peperiksaan pada waktu itu.

Dia menjelaskan bahawa peperiksaannya berlangsung pada hari Selasa hingga Jumaat. Video yang tular dan menjadi perhatian orang ramai itu dimuat naik pada tarikh 13 Jun 2020 lepas iaitu pada hari Sabtu.

Ia mula tular beberapa hari selepas dimuat naik dan exam berlangsung.

Semasa viral memang kami sudah habis exam. Sila buat kenyataan yang betul.”

Ketika dihubungi oleh Team Lobak Merah, rakannya itu ada tunjukkan jadual peperiksaan mereka untuk mengukuhkan bahawa mereka memang ada menjalani peperiksaan.

Dalam pada itu ramai juga rakan-rakan satu batch dengannya tampil memberikan keterangan bahawa Veveonah memang ada exam kerana mereka juga turut mendudukinya.

 

Kami memang ada exam masa tu – Netizen

 

Baca : Veveonah ‘Gadis Pokok’ Viral Dari Sabah Dedah Berjaya Dapat Keputusan ‘Exam’ CGPA 3.5!

Veveonah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.