in

Veveonah ‘Gadis Pokok’ Viral Dari Sabah Dedah Berjaya Dapat Keputusan ‘Exam’ CGPA 3.5!

Veveonah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat dengan kisah Veveonah Mosibin yang digelar ‘gadis pokok’ lepas video dimuat naik olehnya di Youtube, menjadi viral bulan lepas?


Dalam video tu, Veveonah yang berasal dari Sabah itu meluangkan masa selama 24 jam di atas pokok demi mendapatkan internet connection untuk menjawab online exam! Kalau korang tak tengok lagi, boleh tonton di sini:

Well, usaha kerasnya itu ternyata membuahkan hasil apabila Veveonah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Melalui vlog Shopee baru-baru ini, Veveonah telah mendedahkan dia telah mendapat 3.5 CGPA untuk peperiksaan online yang dijawabnya itu!

V

Video itu dimuat naik oleh akaun rasmi Shopee di Youtube, menunjukkan team mereka melawat Veveonah di Sabah untuk memberikan beberapa hadiah. Melalui video tersebut, Veveonah dan team Shopee telah membuat unboxing dan antara barang yang dihadiahkan kepadanya adalah powerbank, tripod, laptop, speaker dan beberapa peralatan elektronik yang lain.

Selain itu, Veveonah juga telah dihadiahkan telefon bimbit yang baru supaya dia dapat merakamkan video dengan kualiti yang lebih elok serta tidak perlu meminjam milik ibunya lagi. Ketika itu, Veveona juga berkata,

Jadi sekarang tidak perlu pinjam sudah ibu saya punya telefon.”

Tonton video di bawah:

Tahniah buat Veveonah daripada team Lobak Merah. Teruskan memberi inspirasi kepada ramai anak muda yang lain untuk tidak berputus asa!

Baca: “Semangat yang wajar dicontohi” – [VIDEO] Pelajar Uni Sanggup Panjat Pokok Untuk Jawab Online Exam

Feature 3 9

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.